Kisah Roti Canai yang lazat, Mangkuk serbaguna dan Senior Durjana


 
Terdapat beberapa jenis mangkuk yang aku kenali semasa bersekolah asrama dahulu.  Antaranya adalah jenis mangkuk plastik ala ala kedai makan cina dan mangkuk plastik jenis brand Tupperware buat isik biskut.  Kalau nak tau, mangkuk mangkuk ini memang penting dan sentiasa digunakan untuk ambik makanan lewat malam. Kiranya semua jenis makananlah yang boleh diisi dalam mangkuk ni, dari berkuah hingglah ke kering, memang serbaguna.


*****

Ketika aku bertingkatan satu di SMKA Simpang Lima, makanan di Dewan Makan-nya tidaklah boleh dikategorikan sebagai enak. Balik balik ikan jaket, balik balik ikan jaket. Tak ikan jaket masak taucu, mesti ikan jaket goreng. Ikan ikan jaket tersebut pun dah jemu dah tengok muka kami semua ketika itu.

Namun di sebalik itu, Dewan Makan tidaklah jugak terlalu kejam. Untuk makan lewat malam atau bahasa orangputehnya ‘supper’, menunya boleh tahan. Menu yang terkenal dan lazat adalah Mee Jawa dan Roti Canai. Lazatnya bukan main. Akupun naik heran. Mungkinkah sebab tembolok kami dah muak disumbatkan dengan ikan jaket? Hinggakan Mee Jawa dan Roti Canai tersebut rasanya seperti mendapat hidangan yang turun dari syorga? Mungkin.

Untuk makluman, supper hanya boleh diperolehi selepas prep malam, kira kira pukul 10.30 malam.  Pelajar lelaki akan prep di kelas, manakala pelajar perempuan pula akan beramai ramai prep di dalam dewan makan. Di sinilah masalahnya timbul apabila pelajar lelaki yang baru akil baligh menempuh alam remaja kena masuk ke dalam dewan makan membawa mangkuk masing masing untuk mengambil makanan sambil diperhatikan oleh beratus pasangan anak mata pelajar perempuan. 

Antara perasaan malu dan lapar, kadangkala perasaan malu itu lagi kuat. Tapi pada hemat aku ketika itu perasaan ‘perasan’ yang lebih kuat. Salah satu cara untuk mengelakkan perasaan ‘perasan’ malu ketika mengambil makanan itu ialah dengan masuk ke dalam dewan makan membawa mangkuk secara beramai ramai bersama kawan kawan yang lain.  Mangkuk mangkuk ini akan diletakkan secara berjemaah di tepi kaunter di mana brader brader dewan makan tersebut akan mengisinya dengan makanan.

Nak dijadikan cerita, brader brader dewan makan ni memang berlagak sikit.  Muka ‘ketat’ je bila budak lelaki bawak mangkuk ambik roti canai.  Kalau perempuan yang ambik pulak, ambooiiii senyum sampai ke pangkal telinga.  Oleh kerana roti canai ini sangatlah hot stuff, maka kebarangkalian untuk makan dua keping amatlah tipis.  Hanya budak budak yang benar benar tabah dan berani mengambil risiko kena pelangkung dengan brader brader dewan makan sahaja yang sanggup mencubanya.  Bila budak lelaki bawak mangkuk, brader brader dewan makan ni akan mengawasi dengan sangat ketat sesuai dengan muka mereka yang sentiasa ‘ketat’ itu.

Taktik pertama untuk makan dua keping roti canai ialah dengan membawa dua buah mangkuk sekaligus dengan harapan bila dah ramai ramai, brader dewan makan akan terkonfius dan isik kedua mangkuk tersebut.  Taktik ini memerlukan kepantasan yang sangat tinggi.  Bila kau masuk ramai ramai dalam dewan makan, kau letak kedua mangkuk tersebut dengan sepantas kilat sambil buat muka selamba.  Bila makanan diisi di dalam mangkuk satu persatu, kau kena ambik kedua mangkuk dengan serentak lalu beredar lebih pantas dari kilat.  Ini untuk mengelakkan brader dewan makan nampak kau ambik dua buah mangkuk.  Peratus kejayaan sangat rendah.

Taktik kedua pula ialah dengan masuk dua kali ke dalam dewan makan.  Taktik ini perlukan hikmat penyamaran yang sangat sangat tinggi.  Contohnya masuk kali pertama memakai kopiah atau serban manakala kali kedua pinjam songkok kawan.  Mata tidak boleh bertentang dengan brader dewan makan dikhuatiri brader dewan makan akan terperasan.  Jarak masa masuk ke dalam dewan makan juga hendaklah jauh supaya ingatan brader dewan makan semakin pudar.  Taktik ini peratusannya juga sangat rendah malahan kau boleh mendapat kemaluan yang sangat besar.  Sebagai contoh, kalau kantoi, brader dewan makan akan jerit kuat kuat, Hoi! Kau ambik dua kali kan?!!!.  Memang malu besar depan pelajar pelajar perempuan! Taktik ini paling berisiko.


*****

Malam itu malam rabu, tahun 1994, ketika semua sedang khusyuk atau buat buat khusyuk membaca buku di dalam kelas prep, perut aku menyanyikan lagu lagu berirama awal 90-an menandakan rasa yang amat lapar. Tapi takpe, malam rabu ialah malam yang ditunggu tunggu kerana menu untuk supper malam itu ialah roti canai.  Aku dah terbayangkan kelazatannya.  Roti canai rangup di banjiri kuah dhal.  Perghhh! Terliur.

Tiba tiba beberapa bayangan gelap masuk ke dalam kelas. Gelap di sini bukan kerana kulit mereka yang gelap, tetapi kerana perangai mereka yang gelap.

“Kau ke sini kejap!” Arah seorang senior.

“Malam ni makan apa?” Tanya senior tersebut buat buat tak tahu.

“Roti canai Bang” Aku jawab jujur.  Entah apa lah yang diorang nak ni.

“Sedap tak?” Tanyanya lagi.

“Tentulah sedap Bang” Bukan sekadar jujur sahaja, malah segala sifat terpuji aku sertakan sekali seperti amanah, ikhlas, peramah, baik hati dan pemurah ketika menjawab soalan senior tersebut.

“Bagus! Kau ambik mangkuk ni” Sang senior menghulurkan sebuah mangkuk plastik kaler oren macam dekat kedai makan cina. 

Aikk. . . Baik pulak senior ni nak kasik pinjamkan mangkuk.

“Kau ambikkan roti canai untuk aku malam ni” Sambung senior tersebut selamba.

“Bedebah!”  Kata aku dalam hati.  Aku tak boleh buat apa terpaksa akur.

Tapi takpe, mungkin aku boleh sorok sorok bawak mangkuk aku sekali masa masuk dewan makan.  Aku tak pernah buat bawak masuk dua buah mangkuk sekaligus tapi mudah mudahan tak kantoi dengan brader brader dewan makan yang garang.  Kalau tak nahas aku. 

Perut aku lapar.  Aku masih bertekad nak makan roti canai malam itu.  Harapan masih ada walaupun berisiko.  Aku akan gunakan Taktik pertama.

“Oh! Aku terlupa, ni satu mangkuk lagi, kau ambikkan untuk aku.  Hari ni aku lapar. Nak makan dua keping”  Tambah senior tersebut selamba badak sambil menghulurkan mangkuk plastik kaler merah pulak.

“Tapi Bang” Aku bersuara.

“Takde tapi tapi. Aku nak kau penuhkan mangkuk mangkuk ni malam ni. Aku tunggu dekat depan pintu dewan makan”  Senior tersebut buat muka garang.

“Kau ingat kau siapa?!!! Jahanammmmmmmmmmm! ”

Aku jerit kuat kuat tapi dalam hatilah.

Harapan aku punah.  Aku tak sanggup nak gunakan Taktik kedua.


*****

Malam itu aku balik awal dari dewan makan setelah berjaya mengambil risiko memenuhkan kedua mangkuk tersebut dengan dua keping roti canai.  Antara kenyang makan roti canai atau kenyang makan penampar senior, aku pilih untuk tidur kelaparan.


Oh aku terlupa nak kasi tau.  Ada satu lagi jenis mangkuk yang terkenal di sekolah aku suatu ketika dulu.  Mangkuk tersebut iaitu Mangkuk Hayun punya senior!




Gambar mangkuk dari totcupcakes

Cerita tentang Biskut Timbang – Apa ada dalam tong itu?


Aku duduk kawasan kampong kampong masa kecik dulu.  Namanya Kampung Melayu Sri Kundang.  Dulu rumah rumahnya dibina separuh batu bata separuh papan kayu.  Dulu jalan jalan depan rumah semuanya pasir tiada tar.  Ketika itu ianya memang boleh dipanggil kampong, ketika itu.  Kami main pasir, kami main senapang kayu, kami main lastik, kami main guli.  Walaupun kawasan kami terletak di pinggiran Lembah Klang, kami masih terasa kampong ketika itu, ketika itu.  Kedai kedai pasaraya jauh sekali, hanya ada kedai runcit dua tiga buah.  Di kedai kedai inilah kami membeli keperluan makan dan jajan.  Kalau dikenang kembali, memang cukup klasik keadaannya ketika itu.

……………………………………………

Kalau ke kedai runcit kampong, antara perkara yang boleh menggembirakan aku sebagai budak kecik ketika itu sudah tentulah dapat membeli biskut biskut timbang dalam tin.  Harganya murah dan terdapat berbagai aneka jenis.  Maklumlah kedai runcit kampong, mana nak dapat makan biskut biskut pre-packed yang iklan dalam tv ketika itu.


Sekarang aku nak cerita sikit pasal jenis jenis biskut timbang yang aku pernah makan dan aku suka makan.  Ok, mari kita mulakan.

 Biskut Merrie (Marie)


Datuk kepada segala biskut timbang.  Rasa sedikit manis dan lemak.  Berbentuk bulat.  Aku rasa namanya dapat dari perkataan ‘Merrie’ yang terukir pada biskutnya, kalau tak silap aku.  Sedap dimakan pada bila bila masa sahaja.  Namun masakini, biskut Merrie telah ternoda kerana ramai suri suri rumah telah menggunakannya untuk membuat kek batik.  Kau kejam!

Biskut Pusat


Aku tak tahu mana datangnya nama biskut pusat ini tapi inilah nama yang aku panggil.  Mungkin kerana bentuknya barangkali?  Berbentuk bulat kecil dan mempunyai topping gula berwarna warni walau hakikatnya rasanya tetap sama tak kira warna apa.  Aku paling suka kalau makan gula dia sahaja tapi kalau banyak sangat terasa ngilu kat gigi, manis.

Biskut Jari


Satu lagi jenis biskut yang diminati.  Berbentuk seperti jari dan sudah tentulah namanya diperolehi dari situ.  Rasanya juga lemak lemak manis.  Kalau tak salah aku ada yang jenis disaluti gula, kalau tak salah akulah.  Memang sesuai dijadikan snek atau dimakan sambil berjalan jalan atau rombongan sekolah.  

Biskut Kapal Terbang
  

Kalau kau tak pernah makan biskut kapal terbang, kau memang rugi.  Zaman kanak kanak kau memang tak klasik.  Berbentuk kapal terbang dan berasa pedas pedas manis.  Warna kemerahan dan oren sikit bergantung kepada berapa banyak pewarna yang diletak.  Ini antara favourite aku.  Kiranya biskut kapal terbang ini boleh menandingi cekedis cekedis yang dijual di pasaran ketika itu.


Biskut Krim (tangkup)


Biskut jenis ini ada banyak jenis.  Yang paling aku ingat berbentuk segi empat tepat diapit krim ditengahnya.  Krimnya sudah tentulah manis, rasa vanilla kot? Entah tak ingat sangat.  Biskut ni kalau makan banyak banyak boleh buat gigi rasa ngilu jugak.

Biskut Coklat (Choc Fudge – Kejap ada kejap takde)


Ini merupakan biskut yang berevolusi dari biskut Choc Fudge keluaran Lu (kemudian bertukar kepada Danone).  Berbentuk bulat bertangkup cokelat.  Masa dulu mana nak dapat biskut Choc Fudge yang ori.  Asyik melangut tengok iklan depan tv.  Nasib baik biskut timbang menyelamatkan keadaan budak budak kampong dengan mengeluarkan biskut jenis ini. (Gambar aku pakai gambar Oreo yang lebih kurang sama bentuk sebab aku tak jumpa gambar sebenar biskut coklat)



Biskut Lemak


Kalau biskut Merrie ialah datuk kepada semua biskut timbang, biskut lemak ialah moyangnya.  Kau tak pernah makan memang jahil mengenai biskut timbang.  Biskut ini juga dikenali sebagai biskut empat segi atau biskut kering.  Masa ni biskut Jacob atau Hwa Tai atau Cap Ping Pong belum terkenal lagi.  Sering dijadikan jamuan di balairaya kampong atau gotong royong kampong.  Kalau nak dihidangkan pada tetamu pun mudah.  Ada juga jenis yang bergula dalam bentuk empat segi sama juga.

……………………………………………

Ok, ambik masa sekejap.

Mainkan ‘irama’ ini. 


Aku boleh bayangkan aku bermain hujan waktu petang dengan adik aku dan kawan kawan yang lain.  Basah kuyup kesejukan.  Emak panggil balik sambil marah marah, nanti demam katanya.  Segera kami mandi air kolah.  Pakai baju tshirt dan seluar panjang  pasar malam persalinan tidur kami yang rasmi.  Kami duduk tepi pintu memerhatikan hujan turun membawa rahmat.

Bayangkan.

Emak kemudian menghidangkan teh susu.  Panas, kurang manis.  Dihidangkan jugak biskut lemak tersusun atas piring.  Aku celup dalam teh di dalam cawan.  Kami makan bersama sekeluarga sambil menghayati hujan yang turun.  Kalau dicelup lama lama, biskut lemak akan lembik dan jatuh ke dalam cawan.  Kami gelak terhibur.  Bunyi hujan tenang.  Suasana dingin tenang.  Ahh . . . memang klasik.




Nota biskut
- Gambar gambar biskut aku ambik dari google tanpa mintak izin.
- Tenkiu pada isteri aku sebab memperkenalkan irama hujan tersebut.


Siri kenderaan HERO yang mengkagumkan era 80-an



Era tahun 80-an memang cukup menyeronokkan.  Apatah lagi bila dapat menonton tv di rumah.  Zaman tu mana ada lagi rancangan rancangan merepek realiti tv, tak kiralah nak jadik penyanyi mee segera ke, nak jadik top model ke atau rancangan duduk dekat pulau sebagai survivor.  Malam tahun 80-an dipenuhi dengan rancangan tv yang ‘real’ punya kata budak budak zaman dulu.


........................................................

Airwolf (Serigala Udara bukan Serigala Jadian) 
Januari 1984

Aku mulakan dengan rancangan kegemaran ramai iaitu Airwolf.  Ianya mengisahkan helikopter yang sangat maju membanteras kejahatan melalui udara.  Untuk memudahkan pemahaman terutama kepada kanak kanak yang lahir selepas tahun 90-an sila baca sinopsis cerita yang diterjemah secara terus dengan google translate di bawah ini.  Kalau handal bacalah! Aku cabar kau!

Protagonis siri Stringfellow Hawke (Jan-Michael Vincent), seorang penyendiri yang tinggal di kabin yang terletak di luar Los Angeles, California di kawasan pergunungan terpencil yang berpusat di Tasik Hemet, diiringi hanya oleh Coonhound Bluetick beliau, "Tet",dan sekitar hidupan liar. Hawke adalah bertapa, menghabiskan kebanyakan masa beliau semata-mata dengan koleksi tidak ternilai lukisan yang dia diwarisi dari datuknya (seni adalah hadiah untuk neneknya), dan helang serenading dengan selo Stradivarius yang yang sama tidak ternilai. Rakan dan mentor sebenar hanya beliau yang lebih tua, kekal ceria Dominic Santini (Ernest Borgnine) yang dibangkitkan Stringfellow dan Saint John saudaranya (disebut "dosa-jin") selepas ibu bapa mereka meninggal dunia. Bapa Stringfellow dan Dominic terbang dalam Perang Dunia Kedua bersama-sama.

Terdahulu, Hawke adalah seorang juruterbang ujian untuk Airwolf, sebuah helikopter supersonik maju dengan keupayaan stealth itu dan senjata menggerunkan. Airwolf dibina oleh FIRMA, satu bahagian CIA (mainan kata pada istilah "Syarikat", nama samaran untuk CIA). Airwolf telah dicuri oleh pencipta berpintal, Dr. Charles Henry Moffet, (Hemmings Daud). Michael Coldsmith Briggs III (kord Alex), Timbalan Pengarah FIRMA (codename Malaikat), kemudian meminta Hawke untuk pergi ke Libya untuk mendapatkan helikopter. Malaikat mempunyai mata kiri yang buta dan berjalan dengan berjalan tempang akibat yang telah ditangkap di dalam Moffet pembunuhan beramai-ramai itu terserlah apabila dia mencuri Airwolf.


Takut bahawa Hawke akan menolak misi untuk mendapatkan semula Airwolf, FIRMA merampas koleksi seni, meninggalkan Gabrielle (Hawke perintis-episod cinta-faedah, yang dimainkan oleh Belinda Bauer) di belakang untuk memberikan taklimat kepada beliau untuk misinya. Seminggu kemudian, selepas operatif menyamar terbunuh dalam garis bertugas, Gabrielle dihantar dalam menyamar dengan Hawke dihantar lebih awal daripada asalnya dirancang. Dengan bantuan Santini, Hawke mendapati dan pulih Airwolf tetapi memilih untuk tidak kembali.Sebaliknya, beliau dan Santini hide Airwolf, penghibur terperangkap, sudah dibasuh keluar Mesa, yang telah terhakis ke dalam sebuah gua besar, Hawke panggilan "Lair," yang terletak di jauh "Lembah tuhan-tuhan," yang visual mencontohi Monument Valley . Hawke enggan untuk kembali Airwolf sehingga FIRMA boleh memulihkan saudaranya, St John, yang telah hilang dalam tindakan sejak Vietnam. Untuk mendapatkan akses kepada Airwolf, Malaikat menawarkan perlindungan Hawke dari agensi-agensi kerajaan yang lain yang akan cuba untuk mendapatkan kembali Airwolf dalam pertukaran untuk terbang misi penting negara untuk FIRMA itu.
Pada musim kedua, untuk memenuhi eksekutif CBS yang ingin merayu kepada penonton wanita yang lebih luas, persembahan memperkenalkan Caitlin O'Shannessy, yang dimainkan oleh Jean Bruce Scott. Caitlin adalah Texas Lebuhraya Feisty bekas Peronda helikopter juruterbang yang akhirnya menyertai krew Airwolf. Dalam "Fallen Angel" Hawke mengesahkan syak wasangka Caitlin bahawa dia dan Santini memiliki dan mengendalikan sebuah helikopter super sebagai Airwolf 3 lalat ke dalam Jerman Timur untuk mendapatkan kembali Malaikat.


Dah habis baca?  Lidah berpintal pintal?  Otak berpusing pusing? Syabas! Kau memang tabah hahaha. . . Cuba cari perkataan Airwolf 3 lalat.  Apa?  Tak jumpa?  Nampak sangat kau tak baca betul betul.



Ok, sebenarnya banyak kenangan aku dengan Airwolf ni.  Antaranya bila main dengan kawan kawan dulu bila melibatkan helikopter semuanya akan dikaitkan dengan Airwolf.  Semua nak jadi hero dia yang hensem, takde sapa nak jadik lelaki tua pembantu hero tu.  Kami juga pernah masa pasir pasir dekat laman rumah, buat gua Airwolf.  Kami letak kaki sebagai acuan dan tampalkan ketat ketat pasir keliling kaki.  Lepas tu kaki dialihkan secara perlahan dan pasir tersebut akan membentuk sebagai gua.  Dan yang paling klasik, bila kau main Airwolf Airwolf ialah lagu dia – tenenenew tenenenew tenenenew tew te tew tew tew te te te tew...


........................................................

Street hawk (Helang Jalanan bukan Peniaga Tepi Jalan, itu street hawker) 
Januari 1985

Rancangan tv yang ini pulak mengisahkan pasal hero yang menunggang motorsikal berkuasa sangat tinggi. Boleh memecut laju gila tanpa terbabas.  Oleh kerana kau dah kebas kebas otak baca pasal Airwolf tadi, aku kasi maklumat pasal Street Hawk pendek je, kesian pulak nanti.

“Pertunjukan itu adalah mengenai seorang pegawai polis dan bekas amatur kotoran-pelumba basikal bernama Jesse Mach (Rex Smith) yang rahsia dipilih untuk menguji projek-rahsia motosikal-rupa bumi serangan mampu kelajuan melebihi 300 batu sejam. Menyokong motosikal adalah 1 sistem arahan berkomputer yang membenarkan pengendali yang kepada penunggang yang motosikal itu denganmaklumat masa nyata dari pelbagai sumber, dan walaupunberoperasi motosikal pada "autopilot" semasa larian berkelajuan tinggi yang, yang dicapai melalui satu proses yang (mungkindicapai melalui penggunaan turbin bahan api yang dipasang padacasis, sejak menggunakan enjin omboh untuk tujuan tidak praktikal)dipanggil "hyperthrust," selepas penjelasan lalu lintas di sepanjang laluan yang dicadangkan.


Norman Tuttle (Joe Regalbuto), seorang jurutera yang bekerja dengan Pentadbiran Undang-undang BantuanPenguatkuasaan Jabatan Keadilan, adalah pereka motosikal dandengan berat hati memilih Mach untuk menguji.  Mach mulamenerajui kehidupan yang berganda, pegawai perhubungan awam polis demi hari, dan jenayah-pejuang pada waktu malam.  Hawk Street, seperti ketika ia datang untuk dikenali, telah dianggap sebagai vigilante tanpa undang-undang, dan kerana itu pelariandari keadilan, oleh pihak polis.”


Tak banyak sangat siri tv ni yang aku tengok dulu.  Namun pengaruhnya tetap kuat.  Tambahan pulak masa main basikal basikal dulu.  Semua orang nak jadi Street Hawk padahal naik basikal pun masih guna roda sokongan kiri kanan.

........................................................

 Knight rider (Wira Pemanduan)
September 1982

Rancangan tv ini pula sangatlah diminati.  Knight Rider memang bukan rancangan yang asing bagi kanak kanak 80-an.  Masa tu memang kagum betul bila kereta dia boleh bercakap.  Lagi kagum bila kereta tu boleh jalan sendiri tanpa pemandu.  Kisahnya lebih kurang macam ni.

“Jutawan buatan sendiri Wilton Knight menyelamatkan polis detektifMichael Long selepas pukulan hampir maut ke muka, memberinya satu identiti baru (melalui pembedahan plastik) dan nama yang baru: Michael Knight. Wilton memilih Michael untuk menjadi ejen bidang utama dalam program perintis Knight beliau Industriesdibiayai keadilan organisasi awam, Yayasan bagi Undang-Undang dan Kerajaan (FLAG). Separuh lagi program perintis ini adalah Industries Knight Dua Ribu (Kitt), Trans Pontiac banyak diubahsuaiAm dengan ciri-ciri pelbagai termasuk shell yang sangat tahan lasak dan bingkai, yang dikawal oleh komputer dengan kecerdasan buatan.


Michael dan Kitt dibawa masuk semasa dalam keadaan di mana "tindakan langsung mungkin menyediakan penyelesaianhanya boleh dilaksanakan". Tajuk BENDERA Devon Miles, yang menyediakan Michael denganarahan dan bimbingan. Dr Bonnie Barstow adalah ketua juruterayang bertanggungjawab penjagaan Kitt, serta pembantu teknikal kepada Devon (April Curtis mengisi peranan ini dalam 2 Musim).”



Walaupun aku peminat cerita ni dulu, masa aku kecik haram aku tahu nama hero dia.  Aku bantai knight rider je.  Satu lagi masa tu aku confused gila bila dengan tajuk Knight Rider tu.  Mati mati aku ingat tajuk sebenar dia Night Rider.  Masa tu mesti pihak tv silap eja Knight dengan Night.  Ada satu hari tu masa umur 6-7 tahun ada satu kereta proton saga pasang lampu warna merah yang bergerak gerak macam dalam cerita Knight Rider dekat depan kereta dia.  Pergh masa tu kagum giler aku, tak berkelip aku tengok.


........................................................

Ha! Inilah cerita cerita HERO dekat tv zaman 80-an dulu.  Semuanya berasaskan teknologi moden (ketika itu dianggap moden).  Semuanya agak logik dan tak merepek repek.  Memang klasik sungguh.

Tapi perasan tak, apa pasal semua kenderaan yang diorang gunakan kaler hitam?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...