Peristiwa Ajaib Yang Berlaku Di Malam BUKAN Lailatul Qadar



Semasa aku masih bersekolah rendah, kisah malam Lailatul Qadar memang tidak terlepas dari peristiwa peristiwa ajaib yang dikhabarkan turun temurun. Antara yang terkenal ialah bilamana seorang lelaki yang ingin mengambil wudhu’ di tepi perigi telah meletakkan serbannya di atas tunggul kayu di kala malam yang gelap gelita. Bila beliau ingin mengambil semula serbannya selepas wudhu’, didapati serbannya sudah berada nun tinggi di atas pucuk pokok kelapa. Dikhabarkan, ketika itu tunggul kayu itu sebenarnya ialah pokok kelapa yang sedang bersujud. Ada juga cerita lain di mana seorang lelaki ingin berwudhu’ di kolah masjid di malam hari, bilamana kejadian yang tidak masuk akal telah berlaku; air kolah membeku seperti ais.



Terus terang aku tak tahu samada cerita cerita tersebut betul atau rekaan semata atau mungkin benar tapi telah di-exaggerated-kan. Bukannya kita semua tak tahu yang sebahagian orang di dalam masyarakat Melayu khususnya memang gemar dengan cerita cerita atau peristiwa peristiwa yang pelik pelik dan ajaib. Buktinya sangat jelas, bilamana majalah yang penuh misteri seperti Mastika masih lagi menjadi bahan bacaan yang utama, dan akhbar akhbar picisan yang memaparkan kisah kisah misitk dan tahyul sebagai tajuk utama masih mendapat sambutan yang menggalakkan. Adakah ini mentaliti masyarakat Melayu?

....................................

Aku ingat lagi beberapa tahun lepas, ketika aku masih belajar di UPM dan menetap di Kolej Mohamad Rashid. Pada ketika itu bulan Ramadhan sudah memasuki fasa yang kedua iaitu fasa keampunan. Fasa pertama iaitu fasa mendapat rahmat telah berlalu sepuluh hari lepas. Fasa dibebaskan dari api neraka pula bakal menyusul pada sepuluh hari terakhir Ramadhan.

Jeffri (bukan nama sebenar sebab aku lupa nama sebenar beliau) duduk senyap di dalam bilik kolej. Masih terdengar jelas imam membacakan surah lazim untuk solat sunat Taraweeh. Apataknya, bilik Jeffri betul betul terletak di atas surau. Surau tersebut dibina oleh pihak kolej dengan meng-extend dan me-renovate bahagian bawah blok kediaman tersebut. Bumbung surau tersebut betul betul terletak dan bersambung dengan koridor bilik Jeffri.

Keadaan di dalam surau KMR


Jeffri tak mahu keluar dari bilik. Ini kerana beliau tak mahu kelibatnya kelihatan oleh para gadis Muslimah. Prinsipnya seorang lelaki Melayu yang tidak solat Taraweeh memang memalukan di kaca mata para gadis. Jika kelihatan maka kuranglah peluang Jeffri untuk mendapatkan bakal isteri solehah. Namun Jeffri terpaksa juga keluar bilik.

Jeffri keluar dari bilik kerana ingin mengambil sebuah kerusi study biliknya yang entah macam mana boleh berada di atas bumbung surau tersebut. Ajaib sungguh macam mana kerusi tersebut boleh berada di situ. Dipanjatnya dinding pagar koridor yang setinggi pinggulnya dan dengan penuh berhati hati berjingkit jingkit di atas bumbung surau untuk mengambil kerusi tersebut. Jeffri tak mahu pelajar pelajar di dalam surau sedar perbuatannya, apatah lagi yang bernama pelajar perempuan.

Namun langit tak senantiasa cerah, bumbung tak senantiasa kuat.

Prakkk!!!

Bumbung surau berlubang dek kerana jisim badan Jeffri. Jeffri terjerlus jatuh betul betul di kalangan pelajar pelajar Muslimah yang sedang khusyu’ mendengar ceramah pendek di antara rakaat ke 4 dan ke 6 solat sunat Taraweeh. Mungkin ada di kalangan gadis tersebut ada berdoa semoga seorang lelaki kacak turun dari langit sebagai jodoh bak bulan jatuh ke riba. Tapi ini ialah Jeffri yang jatuh ke riba. Segalanya berlaku cukup pantas. Jeffri bingkas bangun dan lenyap dari pandangan. Malu.

Jeffri (bukan nama sebenar sebab aku lupa nama sebenar beliau), sejak itu akan membuat muka garang dan kelat kalau ada pelajar lain yang bertanya lagi pasal kisah malam tersebut. Ini kerana malam itu memang BUKAN malam Lailatul Qadar buat Jeffri.

....................................

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! - [Surah Al-Qadr]



"Oleh itu, kejarlah Malam Lailatul Qadar ini!"






Nota jatuh– Aku tak berada di tempat kejadian sebab balik kampung hujung minggu berbuka puasa dengan family. Tapi kisah benar ini telah diceritakan berulang kali oleh member member yang berada di tempat kejadian ketika itu =)


8 ulasan:

  1. Adakah Jefri berseluar lengkap atau hanya berkain pelikat..?

    BalasPadam
  2. @DrSinga
    Hahaha... Itu tidaklah pula saya ketahui. Jikalau berkain pelikat. harapnya jangan lah terlupa memakai spender hahaha...

    BalasPadam
  3. berapa ramai pulak jemaah pompuan yang kene amik wuduk semula tu?

    BalasPadam
  4. DrSinga:baru saje saya nak tanya, DS dulu da bertanya...hehehe
    IF:kdg2 apa yg sedara ceritakn nie,memang kelakar dan saya bole bayangkan,sebab saya belajar di UPM dulu....cuma tak dok KMR

    BalasPadam
  5. bidadara turun dari langit..hehe...

    BalasPadam
  6. @gadisBunga
    Hmmmm...menarik jugak soalan tu. Kalau bersentuhan antara kulit ke kulit sudah pasti kena ambil semula wudhu'. Tapi tak pasti pulak kalau bersentuhan tapi berlapikkan kain telekung???

    BalasPadam
  7. @Lizahanum
    Ohhh orang UPM jugak le ni...Duduk kolej mana dulu?

    Amaran: Saya seorang yang sangat serius, tak pernah buat kelakar hahaha...

    BalasPadam
  8. @Cik Am
    hahaha...ini langit lapisan pertama ni...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...