Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah



Masa bersekolah rendah dulu memang tak sah kalau tak ada pertandingan bercerita yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Tak kira lah dalam Bahasa Melayu atau dalam Bahasa Inggeris, biasanya akan diadakan lebih kurang masa lepas peperiksaan penggal atau peperiksaan akhir tahun. Mungkin nanti senang cerita boleh kasi hadiah sekaligus masa Majlis Penyampaian Hadiah tahunan sekolah. Barulah meriah sikit dan jimat bajet PIBG.

Untuk masuk pertandingan bercerita ni kebiasaannya akan dipilih khas oleh cikgu atau teacher. Memang jarang benarlah kalau ada murid yang volunteer nak masuk pertandingan bercerita ni. Kalau ada pun mesti dia anak cikgu atau anak teacher yang mengajar kat sekolah tu jugak, jenis jenis skema.

Oleh kerana cikgu yang memilih, maka kebiasaannya murid yang terpilih adalah dari kalangan yang selalu dapat nombor 1-5 dalam peperiksaan. Ini kerana dipercayai murid murid yang jatuh dalam kategori ini ialah murid murid yang boleh diharap. Aku juga jatuh dalam kategori tersebut dan secara tak langsung aku terpilih untuk mewakili kelas dalam pertandingan bercerita. Aku terpaksa, walaupun hakikat sebenar aku malaslah sungguh nak masuk sebab aku malas nak menghafal. Tak cukup sifir matematik aku nak hafal, inikan pulak nak menghafal buku cerita.


Darjah 4

Masa ni aku masuk pertandingan bercerita dalam Bahasa Inggeris. Aku mati kutu sebab aku takde buku Bahasa Inggeris dekat rumah sebagai rujukan nak hafal. Nasib baik aku jumpa buku teks Bahasa Inggeris KBSR zaman dulu dulu punya. Ada cerita tentang budak kena kejar anjing masa nak pos surat di pejabat pos. Props yang aku guna ketika bercerita hanyalah sampul surat. Kisah yang cukup bosan dan tak mendebarkan. Tak macam budak lain yang cerita tentang kisah fairytale. Bebudak lain sibuk lengkap dengan berbagai props, siap ada mak jahitkan baju khas untuk bercerita.

Keputusan akhir:

Aku lepasi peringkat saringan tapi aku tak bawak props [sampul surat] masa pertandingan akhir sebab teacher lupa kasi tau yang aku layak. Oleh itu aku tak menang. Kalau aku bawaklah props sampul surat tu sekurang kurangnya boleh jugak menang tempat ketiga[Alasan!]

Darjah 5

Sekali lagi aku terpilih untuk mewakili kelas dalam pertandingan bercerita Bahasa Inggeris. Kali itu aku mengambil iktibar dari peristiwa yang lepas. Takkan aku nak bercerita tentang cerita yang bosan pasal budak kena kejar anjing masa pos surat lagi? Jadi aku mendapat pedoman untuk ke perpustakaan sekolah. “Goldilocks and The Three Bears”, barulah ada gaya fairytale. Mesti menang sekurang kurangnya tempat ketiga. Tapi entah kenapa susah benar aku nak hafal cerita tersebut. Balik balik asyik tersangkut dekat ‘Once upon a time, Once upon a time’ tak sudah sudah.


Keputusan akhir:

Aku gagal lepasi saringan peringkat kelas sebab aku tak habis hafal cerita tersebut. Balik balik asyik tersangkut dekat ‘Once upon a time, Once upon a time’. Bila fikir fikir aku heran kenapa bengap sangat otak aku nak mengingat masa tu? Ohh! mungkin sebab aku pernah cuba menghafal cerita tersebut semasa beroperasi dalam ‘bilik termenung’. Mungkin disebabkan perkara tak senonoh itulah yang menyebabkan otak aku beku tu!

Darjah 6

Kali ini aku lebih advanced. Dah takde dah pertandingan bercerita untuk murid darjah 6, semua digantikan dengan pertandingan pidato dan syarahan. Aku sekali lagi terpilih, tapi kali ni dalam Bahasa Melayu. Yang payahnya aku kena tulis teks aku sendiri dan menghafalnya. Sedangkan menghafal buku cerita pun aku malas, inikan pulak nak menghafal teks syarahan.

Keputusan akhir:

Aku sungguh berbangga sebab dengan berani matinya aku naik ke pentas dan secara spontannya berpidato bertajuk ‘Kebersihan Diri’ tanpa teks. Semua main hentam kromo tapi penuh confident. Dan seperkara lagi aku telah merekacipta pantun sebagai penutup pidato aku secara spontannya juga. Memang ada rasa sedikit confident yang sekurang kurangnya aku pasti dapat membolot hadiah tempat ketiga.

Begini lebih kurang pantunnya:

Pergi ke kedai membeli bahan
Pergi ke kedai naik basikal
Hendaklah kita jaga kebersihan
Kebersihan diri sentiasa diamal










Namun aku tetap tak menang. Bedebah!

4 ulasan:

  1. boleh la tu....

    aku sebenarnya rasa nak debik je budak yg asyik ulang 'once upon a time' ni. hish!

    hahaha!!!

    BalasPadam
  2. ajaibnya, dah besar pandai bercerita plak.. ;-)

    saya suka gaya bercerita lam blog ni, siyes

    BalasPadam
  3. @gadisBunga

    Hahaha jangan lah debik, budak tu budak baik hahaha...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...