Kau suka tengok cerita Hindustan?



Aku suka melawan arus. Aku tak suka buat benda yang biasa orang lain buat. Tapi takdelah sampai tak ikut langsung trend semasa. Cuma kalau aku rasa tak berapa berkenan, memang aku takkan buat.

*****

Masa aku kecik masa tengah bersekolah rendah lagi, aku selalu tengok cerita Hindustan. Nak nak lagi lepas sembahyang Jumaat waktu petang kat TV2. Kalau hari sabtu pulak layan Hindustan kat TV3. Aku layan Hindustan sebab Emak dengan Abah jugak layan. Diorang paling syok kalau keluar cerita Sangam dengan Bobby. Mungkin cerita cerita tersebut pernah popular masa diorang muda muda dulu.

Cerita Hindustan ni biasalah memang tak sah kalau takde nyanyi nyanyi. Boleh dikatakan separuh dari cerita asyik menyanyi dan menari guling guling kat gunung dan tukar baju entah berapa kali entah. Siap orang kampung jadi penari latar lagi. Tapi menurut kajian yang aku pernah dengar, tujuan banyak lagu diselitkan di dalam sesebuah filem ialah untuk melekakan rakyat India yang susah. Bila rakyat dihidangkan dengan lagu lagu yang menarik, rumah rumah mewah orang kaya di dalam filem, baju baju yang cantik cantik dan berbagai lagi ‘fantasi’, maka penonton akan mendapat satu ‘feel good factor’ selepas keluar panggung wayang. Maka mereka akan lupakan akan kesusahan hidup mereka buat seketika.

Dulu cerita Hindustan mesti ada part gaduh gaduh desyum! desyum! bila bertumbuk. Kalau kat kampung selamba berlawan pakai kain putih diorang, entah pakai spender ke tidak. Kalau kat kolej atau bandar mesti gaduh pakai kayu hoki. Hero akan lawan ramai penjahat dan sure akan menang punya. Paling best kalau dapat tengok cerita polis polis. Smart habis sorang polis boleh tumpas kan ramai polis dan menteri yang korup dan rasuah. Tak macam Gerak Khas The Movie, lembik. Dan kalau pegi sekolah semua nak jadi Inspektor Shahab sebab pengaruh Hindustan. Syabas bete!



Cerita Hindustan juga takkan dapat lari dari mainkan perasaan kau hingga mengalirkan air mata. Masa aku kecik sedih betul aku tengok cerita Tarzan Hindustan. Aku tak ingat sangat ceritanya tapi memang sedih habis. Lepas tu aku ada tengok cerita pasal kisah budak kecik perempuan dan budak kecik lelaki cuba jodohkan Bapa dan Emak mereka. Siap terkenal lagu dia lebih kurang macam ni “Papa bolo bolo.. Mummy bolo.. papa ko mami se mami ko papa se.. pyar heii..”. Sedih jugak. Dan satu lagi cerita sedih adalah cerita Mera Naam Joker. Ini cerita tahap sedih jugak lah ni. Memang menyayat hati.




Tapi itu semua masa aku keciklah.


Bila aku dah besar lepas SPM dan masuk matrikulasi, filem Hindustan sekali lagi menyerang negara. Masa tu semua orang heboh pasal Shah Rukh Khan, Salman Khan dan Genghis Khan. Habis semua orang minat Hindustan. Kefanatikan rakyat Malaysia memang melampau. Aku pernah baca dekat dalam paper pasal masalah remaja perempuan yang asyik teringatkan Shah Rukh Khan sampai angau tak makan dan tak tidur. Gila! Siapa yang ada sikit sikit darah Hindustan memang kembang kembang hidunglah. Yang aku heran, pasaran saham Mat Mat Bangla dan Pakistan jual kainpun melambung habis. Ramai jugak gadis gadis Melayu yang ‘terkorban’. Hei kau ingat lelaki Melayu tak hensem ke?



Perkara perkara macam ni lah yang membuatkan hati aku keras dan bertekad tak nak tengok filem Hindustan ketika itu. Aku memang anti habis. Biarlah orang kata melawan arus ke, aku tetap dengan prinsip aku. Yang paling aku tak tahan, member member lelaki sekelas matrikulasi aku semua minat Hindustan. Walaupun berpakaian seluar baggy dan baju body fit, tapi Hindustan tetap layan. Bayangkanlah budak lelaki ada 4 orang aje termasuk aku. Kalau 3 minat Hindustan, habis tu aku nak kawan dengan siapa?

Walaubagaimanapun, ada jugak aku sekilas terlepas tengok cerita Hindustan bila family aku pasang VCD masa aku cuti semester. Aku tengok sikit sikit je sebab memang kebetulan aku tengah lepak dekat ruang tamu, malas aku nak bangun. Kalau tak silap aku cerita Kuch Kuch Hotak Hang dan Dil To Pagar Rumah. Memanglah ada elemen elemen sedih sikit sikit tapi tak sama macam cerita Hindustan dulu dulu. Balik balik kisah cinta 3 segi. Mana pergi aksi lawan lawan? Hero nampak lembik je. Ada ke hero boleh menangis? Maka makin bertambah antilah aku terhadap filem Hindustan. Roy Roy hati kau keras!

*****

Masa aku second year kat UPM aku duduk sebilik dengan budak junior. Ada satu petang tu datang member dia budak Kelantan. Gaya macam gangster Kelantan, pakai t shirt bundle, jeans levis ketat dan selipar. Dia datang nak tumpang tengok VCD kat komputer room mate aku. Aku yang tengah lepak lepak kat katil bilik memang nampak terus direct ke monitor komputer. Best jugak mungkin movie kelakar atau movie lawan lawan fikir aku ketika itu.

Sekali dia pasang Hindustan pulakkkkk. . .

Aku tak hiraukan lah sangat. Hati aku keras. Aku capai walkman dengar lagu tapi mata aku sibuk baca subtitle cerita tersebut kat monitor komputer. Ehhh! entah macam mana makin best pulak cerita dia. Aku tanggalkan earphone. Makin lama makin leka aku menengoknya. Sampai satu babak. . .







Jahanam!!! Sedihnya. Habis selimut aku basah lap air mata. Sampai habis aku tunggu cerita tersebut.



Hati sekeras mana pun, kalau cerita cerita pasal ibu bapa ni memang cair jugak. . .

*****

Mamat Kelantan yang gangster tu pun nangis jugak hehehe. . .


24 ulasan:

  1. hahahahaa!!!!! nangis aku baca!! hahahaa!!!!

    BalasPadam
  2. hahahaha... sekeras keras kerak nasi klu di rendam dalam air lembut juga akhirnya... KAHBIL KUSHI KABIL IGAM :D

    BalasPadam
  3. oh, aku suka cerita melayu yg hari ahad tu
    pelakon dia os, saleh yakob, ibrahim pendek, acapan.. skang ni dia dah tak ulang dah.. haish

    BalasPadam
  4. aku ada kenal org yg suka nengok cita tamil & kuat makan...
    heh!

    BalasPadam
  5. dah lama tak layan endustan, dulu smp kini kuch kuch jua di hati hehe...

    p/s:insyAllah pasti ada rezeki berpostdoc di jepun, byk scholar tuk postdoc...

    BalasPadam
  6. fitri , cik ina pun suka nengok cite hindustan ngan india, memang tak miss . tak boleh bela ko suka gak nengok cite mera nam joker.

    BalasPadam
  7. halussss

    ai lompat sini terus polo

    ehem...

    mari la

    polo ai jugakkk

    eh

    maceh sudi singgah dan tggalkan komen

    ai suker!

    jgn luper polo okessss

    ^_^

    BalasPadam
  8. saya suka. saya ingat citer mera naam joker tu. sedih sikit.

    *saya suka hindustan, biar dalam hati ada taman pun

    BalasPadam
  9. aku lagi suka layan citer tamil drp hindustan..masa ngandung yg sulung dulu, kalau boleh tiap2 mlm nak layan citer tamil...nasib la anak keluar tak mcm hero tamil tu..ahaks..

    salam..tengs drop by my blog n drop ur komen, awat tak follow sekali? huhu...

    BalasPadam
  10. @"Arjunakirana"
    Memang sedih betul cerita tu. tak boleh tahan hahaha

    BalasPadam
  11. @alien
    Walaupun lari dari topik, tapi aku suka jugak cerita cerita melayu lama tu....

    BalasPadam
  12. @wahida
    Nasib baik tak macam Rajnikant hehehe...

    BalasPadam
  13. kalo kabhi kushi ni tengok 10 kali makanya 10kali jugak menjejer air mate (T_T)

    BalasPadam
  14. cis!aku x tau jln cite kabhi kushi tu tp tgok part tu 3 menit pun da sebak.hu~~

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...