Rahsia hidung yang mancung


Aku ada seorang anak lelaki. Kelahirannya di dunia disambut dengan penuh kesyukuran pada Ilahi. Wajahnya mewarisi kami berdua suami isteri. Ada satu perkara yang sangat menarik bila semua nurse dan orang orang yang datang melawat memuji hidungnya yang mancung. Dan kebanyakan orang berkata ianya mengikut hidung aku. Akupun tak pasti.

Uzair Aqil Ismail Fitry, hari pertama di dunia.


Aku adalah Melayu 100%. Aku bukannya ada darah campuran seperti kebanyakan artis yang mana kalau tulis biodata di dalam suratkhabar akan menyatakan mereka keturunan Melayu campur Cina campur Pakistan campur Arab campur Inggeris. Dan kalau boleh semua bangsa mahu dicampur dalam darah daging mereka. Kenapa? Malu untuk mengaku sebagai Melayu tulen? Aku bangga mengaku sebagai seorang Melayu 100%.

Namun persoalannya, adakah hidung aku betul betul mancung sehingga turun ke anak aku? Mungkin ini rahsianya.

+++++

Imbas kembali sekitar tahun 1992-1993.

Hari itu aku masih ingat lagi adalah hari Jumaat. Musim cuti sekolah. Pagi itu Emak sibuk mengajar budak mengaji. Ya! Emak aku ajar budak mengaji Muqaddam dan Al Quran. Aku seperti biasa akan melepak lepak santai kerana cuti. Yang pasti aku masih belum mandi pagi lagi. Apa kelas mandi pagi masa cuti sekolah?!

Petang itu ada Makcik dan Pakcik yang akan datang dari Perak. Bersamanya tentulah kakak kakak sepupu aku sekali. Oleh itu Emak menjadi teramatlah sibuk nak menyiapkan makanan di samping itu kena mengajar budak mengaji lagi.

Sedang aku leka bermain main, Emak menjerit namaku.

“Tolong terbalikkan cucur bawang kat atas kuali tu!” Emak memberi arahan sambil terus mengajar mengaji.

“Yelaaaa….” Aku jawab malas, tanda protes seorang budak lelaki.

Mana aku biasa buat kerja masak memasak ni. Tapi mungkin Emak risau cucurnya hangus, jadi beliau terpaksa lah mengharapkan aku. Dengan berkain pelikat aku ke dapur. Cucur bawang penuh sekuali dengan minyak panas bertakung. Aku mengambil bangku kecik untuk menambah ketinggian aku berbanding dapur tersebut. Menggunakan sudip aku cuba terbalikkan cucur cucur yang melekat lekat bersama sekali harung sahaja lagak seorang chef terkemuka.

Zruuppp! Kain pelikat aku terlondeh. Secara spontan tumpuan aku terganggu kerana hendak menangkap kain tersebut dari terus jatuh. Dan pada masa yang sama cucur cucur tersebut yang sedang cuba diterbalikkan jatuh semula ke dalam minyak yang panas.

Kedebuusshhhhh!!!! Minyak panas memercik. Beberapa tompokan kecil terkena ke lengan. Beberapa tompokan terkena ke pakaian. Tapi ada satu tompokan kecil terkena tepat ke hujung batang hidung aku. Menggelupur aku lompat dari bangku dan terus ke bilik air membasuh muka. Aku rasakan hujung hidung aku semacam lembik. Yang pasti kulit di hujung hidung aku terkopek. Aku segera membetul betulkannya dengan menggosok gosok ke depan. Aku takut hidung aku tercabut. Nanti aku takde hidung.

Setelah dirawat Emak, aku rasakan hidung aku seperti semakin mancung. Akupun tak pasti sama ada PERASAAN ataupun PERASAN sahaja sebab aku tak pernah mengukurnya. Yang pasti, itulah rahsianya untuk mendapatkan hidung yang mancung dan mungkin akan turun ke anak kamu. Lebih murah dari pembedahan plastik. Hanya perlukan minyak masak, kuali dan cucur bawang. Murah, jimat dan sedap!


Selamat mencuba!


Moral

Mandilah di awal pagi serta pakailah kain pelikat betul betul.



25 ulasan:

  1. pergh!!! dahsat! memang murah tp hazab nak dpt..
    :)

    BalasPadam
  2. ngeh2
    petua tradisional la ni kan

    BalasPadam
  3. kannn... kelakar kot nak letak & bangga bahawa mereka itu sangat berdarah campuran...mcm la hebat sgt... hehehe

    BalasPadam
  4. pakai spender tak masa tu? Haha

    BalasPadam
  5. aku = jawa + bugis + minang, amacam?

    tu pasal aku ada hidung pesek-takla-pesek-sgt, ehehehehe

    BalasPadam
  6. kena buat-buat kena minyak panas la ni hahhaha. kalau saja2 buat nanti tak jadik plak. jatuh ters ada la.

    BalasPadam
  7. fetri, ko biar betik, makcik dah berapa kali terpercik minyak kat hidung, tak mancung pun cam hidung ko. makin kembang cam bunga ada. mungkin nasib-nasib, Alhamdulillah nasib ko baik, termancung pulak. ekekek

    BalasPadam
  8. salam kenal dan ziarah...
    en ismail..
    takperlah..
    akak redha hidung pesek asal tidak kena minyak panas....

    BalasPadam
  9. kau mmg pandai bercerita. aku suka.

    BalasPadam
  10. soklan yang sama dengan DrDaddyZiyyad !!!

    BalasPadam
  11. tak mancung hidung aku nih pun tak pe la heh.

    :)



    .

    BalasPadam
  12. makdara TERdiva - azab memang azab hahaha

    BalasPadam
  13. Alien - lagi seratus tahun boleh jadi petua tradisional hehehe

    BalasPadam
  14. VFN - Itulah, bangga tak bertempat...

    BalasPadam
  15. Daddy Ziyyad - Tak pakai spender TAPI pakai seluar pendek. Nasib baik...Kalau tak...

    BalasPadam
  16. DeLancrettLurpak - Ini kategori artis jugaklah ni hehehe...

    BalasPadam
  17. jeans lusuh - Kena hati hati...minyak kena betul betul panas, kalau tak nanti hidung jadi senget hahaha...

    BalasPadam
  18. Ibu n Abah - Salam kenal, terima kasih sudi melawat. Kena redha apa yang ada hehehe

    BalasPadam
  19. DrSinga - Jawapannya sama dengan jawapan Daddy Ziyyad '__'

    BalasPadam
  20. tasekM - Rugi tak cuba woooo... keh keh keh!!!

    BalasPadam
  21. keh keh keh keh... ada sape2 yang diam2 try petua encik ismail ni tak???

    BalasPadam
  22. Cik Ina minat Do do Cheng - Mungkin nasib saya baik ketika itu. Cuba lagi, mungkin satu hari nanti 'akan mancung jua akhirnya' [Wahhh macam tajuk lagu pulak]

    BalasPadam
  23. Seorang Blogger - Rasanya mesti dah ada yang berkira kira nak cuba petua ni hehehe. Ohh tq sudi berkunjung dan tak perlu formal ber'encik encik' hehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...