
Pernah tengok kartun M.A.S.K.? Kalau kamu, kamu, kamu dan kamu lahir pada tahun 80-an, mesti kamu pernah tengok. Kartun M.A.S.K. ini berkisar tentang sebuah pertubuhan rahsia yang yang menentang orang jahat. Keistimewaan kartun ni ialah setiap hero akan mempunyai kenderaan masing, masing seperti kereta, motor, lori dan lain lain. Yang syoknya, kenderaan kenderaan ini bukan sahaja boleh membawa hero hero ini berjalan jalan, malahan kalau kena lawan orang jahat, kenderaan mereka boleh bertukar. Kereta boleh bertukar menjadi kapal terbang, motor boleh bertukar menjadi helikopter dan sebagainya.
Kartun M.A.S.K. yang menjadi kegilaan kanak kanak ketika itu
Pada zaman ni dia punya gila pasal kartun M.A.S.K. usah ceritalah, kalah cerita 2 Alam dR Rozmey. Habis mak bapak garu kepala cari duit sebab nak kena belikan mainan M.A.S.K. ni. Hari hari mintak dibelikan mainan M.A.S.K. Zaman tu bukannya berduit sangat, tapi sebab sayangkan anak, Abah beralah, janji nak belikanlah jugak mainan M.A.S.K. ni. Aku punya suka time tu, rasa nak terjun je flat Taman Dato’ Ahmad Razali tu. Tapi fikiran aku masih waras lagi, tingkat 3 tu, nak patah kaki?
Jadi, petang itu akupun menunggu dengan tabahnya. Kami tiada kereta ketika itu, oleh itu dari jauh nampak kelibat Abah balik dari kerja berjalan kaki setelah turun dari bas. Hati aku bukan main riang lagi seriang kanak kanak ribena. Apataknya, sepupu aku dah beli yang hero punya; kereta warna merah boleh tukar jadi kapal terbang. Jiran aku tingkat atas, dah beli yang hero lagi satu; motor boleh bertukar jadi helikopter. Aku jadi berdebar debar, apa yang Abah beli? Harapnya yang hero kereta, tak pun paling koman yang hero lori atau hero trak.
Bungkusan beg plastik Hankyu Jaya disambut dengan girang dari tangan Abah. Aku berlari kencang naik anak tangga flat meninggalkan Abah dengan ucapan terima kasih yang lebih kurang. Sejurus sampai di depan pintu rumah, beg plastik dibuka, langkah aku kaku.
“Ini Piranha!!! Ini orang jahat!!! Bukan hero!!!” Aku bertempik.
“Mana Abah tau” Kata Abah sambil buat muka tak bersalah.
Piranha, salah seorang watak jahat dalam cerita M.A.S.K. Tengoklah mukanya, memang muka penjahat. Sejak itu, aku sentiasa berat hati nak main permainan M.A.S.K. bersama kawan kawan yang lain. Apataknya, kalau aku bermain M.A.S.K. dengan kawan kawan flat ataupun dengan sepupu sepapat aku, aku akan sentiasa jadi watak jahat. Nak buat macam mana, kalau aku pilih nak jadi baik sekalipun, mainan aku tetap mainan watak orang jahat.
Aku pasrah!
hheheh.. tu pasal aku tak suke pesan mainan kat abah aku.. aku pesan teddy bear, dia belikan dolphin.. confuse acik!
BalasPadamGB rasa mcm tak layan citer ni dulu. lebih layan shera, he-man dgn smurf. kikiki
BalasPadamtaman dato ahmad razali tu tempat bermain GB skrg sebab dok pi jaga site kat situ.. :)
zaman tu cerita kartun pun tak banyak dan tiada pilihan sangat. Jadi kalau dah sekali ditayang di TV memang akan jadi hit.
BalasPadamCik Lurpak - Keh keh keh memang kelakar...macam mana boleh belikan dolphin tu?
BalasPadamgadisBunga - M.A.S.K. cerita bebudak lelaki je masa tu. Ya perempuan akan tengok She-ra dan smurf. Macam mana flat tu sekarang? Dah bertahun tak menjenguk ke sana.
BalasPadamDr Sam - Memang betul tu. Sekarang ni terlampau banyak cerita kartun kat tv lah, ASTRO, internet, anime jepun lagi. Tapi tak semuanya berkualiti macam kartun dulu dulu
BalasPadammisai Piranha macam Rajinikanth la!!
BalasPadamDrSinga - Itulah pasal, tapi Rajnikanth selalu berlakon hero aje hehe
BalasPadam