Kad Ucapan Yang Istimewa


Antara aktiviti yang dibuat selepas SPM ialah merayau rayau sekitar ibukota Kuala Lumpur, lebih tepat lagi di sekitar Pudu Raya, Petaling Street dan Kotaraya. Kadangkala aku senang keluar seorang diri meronda ronda melihat gelagat orang, tak pun orang lain yang melihat gelagat aku. Ada masanya juga aku keluar dengan classmate aku di MRSM Muar dulu, Sharil Bin Adnan.

Suatu hari kami membuat perjanjian untuk keluar bersama. Tak puas rasanya nak bersembang hanya melalui telefon sahaja tentang komik, tentang cerita cina yang ditengok di tv dan tentang kawan kawan yang lain. Jadi, kami janji nak jumpa di Pudu Raya. Pudu Raya zaman itu agak selesa. Walaupun pendatang mulai ramai tapi ramai lagi rakyat Malaysia di situ. Kalau ada pun budak budak dadah pau duit nak dapatkan stok. Kedai kedai di dalamnya juga boleh tahan. Ada kedai baju, kedai kaset dan kedai buku. Yang paling penting kedai menjual majalah dan komik, destinasi utama kami.

Kebetulan juga aku berhajat nak pos kad ucapan kepada cikgu dan kawan kawan lain. Jangan gelak! Zaman ini surat dan kad masih relevan. Kami menuju Pejabat Pos mini yang terdapat di dalam Pudu Raya itu sendiri. Untuk makluman, aku suka buat sendiri sebarang kad kad ucapan mengikut kreativiti aku. Apa guna dapat A1 matapelajaran Pendidikan Seni kalau tak dipraktikkan [riak sungguh].

“Besar betul kad yang kau buat” ujar Sharil Bin Adnan seraya melihat kad kad tersebut dikeluarkan dari beg.

“Ofkorse lah [off course-lah], nak kasik cikgu mestilah buat besar besar dan spesel [special]” aku jawab dengan nada bongkak.

“Alahh…macam aku tak tau, yang besar tu kau nak kasik kat awek awek perempuankan?” Sharil Bin Adnan meneka tepat pada sasarannya.

“Tau takpe. Aku siap spray minyak wangi Follow Me for Men lagi untuk menambahkan keharuman kad kad ni” Jawab aku penuh nada kejantanan.

Masalah yang timbul adalah apabila mulut post box tu kecik sangat. Kad kad yang aku buat saiznya besar besar belaka. Adalah besar drawing block. Sampul kad kad tersebut pun hand made sendirik jugak. Jadi tak muat nak dimasukkan ke dalam post box tersebut. Mana boleh aku nak lipatkan kad kad ni, habislah hasil karya seni aku nanti. Rosaklah anyaman anyaman dan kerawang kerawang yang aku buat untuk kad kad ni sampai jam 2-3 pagi tak tidur.

Aku garu kepala yang tak gatal. Aku cuba melengkungkan kad kad tersebut supaya muat ke dalam mulut post box tersebut. Bantuan Sharil Bin Adnan diperlukan. Harus berhati hati untuk menjaga kualiti kad kad ucapan tersebut. Aku pegang di bahagian kiri surat dan lengkungkannya ke atas sedikit. Manakala, Sharil Bin Adnan pula melengkungkannya dari arah kanan. Saat kami menolak kad kad ucapan tersebut ke dalam mulut post box itu bergerak sangat perlahan. Dengan kerjasama erat kami, berkat doa dan tawakkal, kad kad tersebut berjaya dimasukkan dengan selamatnya. Aku berpuas hati dan yakin kualiti kad kad ucapan hand made itu akan terjamin dan terpelihara. Usaha murni aku untuk membuat sendiri kad kad ucapan tersebut pasti dihargai oleh penerima penerimanya.

Mulut post box yang kecik...

Selang beberapa saat setelah kami berjaya memasukkan kad kad ucapan tersebut dengan penuh berhati hati dan jayanya, muncul seorang pegawai pejabat pos mini tersebut. Pintu post box tersebut dibuka pantas dengan kuncinya. Aku dan Sharil Bin Adnan masih tercegat di situ. Oh, masa untuk mengutip surat surat yang dimasukkan untuk dihantar ke Pejabat Pos Besar, fikirku.

Karung guni digunakan untuk mengisi surat surat tersebut. Dengan lajunya pegawai pejabat pos mini itu merangkul surat surat dari dalam post box tersebut. Aku kaget. Aku lihat kad kad ucapan ku yang di tatang bagai minyak yang penuh sebentar tadi, di rangkul dengan rakusnya. Habis berkeronyok kad kad ucapan tersebut. Habis berlipat lipat kad kad ucapan tersebut di masukkan ke dalam karung guni tersebut. Semuanya berlaku sekelip mata. Bedebah. Aku terpegun. Shahril Bin Adnan cuba cuba tahan gelak melihat kejadian itu.

Aku tak tahu, samada nak siku rusuk Shahril Bin Adnan atau rusuk pegawai pejabat pos mini tersebut atau budak budak dadah yang pau duit nak dapatkan stok ketika itu.

10 ulasan:

  1. pos malaysia kasi ukuran maksima, tak nak dengar, hehehe

    BalasPadam
  2. siap nama penuh! hahahahaa!!!!

    GB paling malas nak anta2 kad ni even masa zaman kegemilangan kad-kad ucapan dulu.

    paling spesel pun buat kad besday bagi kat crush masa zaman U dulu. bagi kat posmen tak bergaji. sanggup tak tido beb!!!

    BalasPadam
  3. nko nie sah kategori mat skema aku rasa adohai....

    BalasPadam
  4. di mana Sharil Bin Adnan sekarang....

    BalasPadam
  5. KOG - Manalah tau ada ukuran maksima. Takde tulis pun

    BalasPadam
  6. gadisBunga - Apa jadik dengan 'crush' tu? Dia tau ke sapa yang kasik kad tu akhirnya?

    BalasPadam
  7. Alien - Luluh memang luluh keh keh keh!!!

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama - Bukan skema, tapi kurang bernasib baik. Nanti aku cerita kisah kisah yang bernasib baik pulak.

    Cheers :)

    BalasPadam
  9. DrSinga - Sharil Bin Adnan, setahu saya masuk UKM. Sekarang tak pasti kerja kat mana. Sebelum saya fly ke New Zealand ni, dia dah kahwin dan anak satu.

    Sharil Bin Adnan memang seorang sahabat yang baik.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...