Pengalaman berniaga saya yang sangat berharga

Semasa cuti semester selepas tamat tingkatan 2, aku berpeluang berkerja sambilan untuk mencari pengalaman dan mengisi masa kosongku. Di samping itu dapat juga menambah duit sikit sikit. Kalau dapat banyak bolehlah beli kaset lagu kasi pasang kat walkman.

Asalnya aku main main je cakap dengan Abah. Lepas tu Abah pegi jumpa dan tanya kat jiran aku, seorang peniaga air tentang niat aku. Jiran aku ni aku panggil Abang Man je. Masa peristiwa ini berlaku, aku bajet umur dia pertengahan 30-an. Anak diapun dah ramai masa tu. Yang sulung aku panggil Saha, bersekolah rendah ketika itu. Abang Man setuju untuk aku ikut dia jual air. Kadang kadang Saha akan ikut jugak. Bayarannya pula ikut kutipan pada malam tersebut. Kalau banyak, masyuk lah aku dapat. Kalau sikit maka ciputlah pendapatan aku.

Untuk mengarang pengalaman aku berniaga ini mungkin terlalu panjang, maka baiklah kiranya hanya di review secara point point penting:

1- Hari jumaat adalah hari di mana kami akan berniaga di luar pagar Masjid Negara. Dalam pukul 9 pagi kami bertolak menaiki van. Abang Man akan singgah ke kilang ais untuk bekalan air ketul ketul bulat kecil berlubang di tengah. Kami juga singgah untuk mengambil taufu fa di lokasi yang aku dah tak ingat namanya.

2- Sempena solat Jumaat, orang yang singgah beli air bukan main ramai. Berbagai jenis air yang dijual. Ada jagung, bandung dan banyak lagi di samping taufu fa tadi. Pernah sekali ada pelanggan komplen kat aku sebab aku terbubuh ais terlalu banyak dalam cup dia. Ada jugak pelanggan bangsa asing (bukan orangputeh tapi bangla yang cuba cuba speaking orangputeh) yang nak test rasa air. Tapi disebabkan aku naif aku kasi jugak.

3- Lepas solat Jumaat, Abang Man kasi duit suruh aku beli makanan kat gerai gerai lain. Di sebabkan aku tak pandai nak ambik kesempatan, aku hanya makan nasi dan satu jenis lauk sahaja. Kadang kadang Abang Man marah sebab aku hanya makan sikit saja.

4- Para peniaga ini biasanya tak boleh lekang dengan surat khabar. Biasanya mereka akan cari kalau ada acara acara yang menjadi tumpuan ramai macam konsert, ceramah dan sukan.

5- Aku pernah berpeluang berniaga di luar stadium merdeka bersempena konsert XPDC (yang asal). Bila dah tengah tengah konsert, pihak penganjur bukak pintu pagar untuk membolehkan penonton yang nak balik keluar. Maka aku pun masuk. Dapatlah jugak merasa tengok konsert live.

6- Kami juga berniaga di stadium negara. Kadang kadang ada acara sukan. Ada jugak acara pertandingan tarian naga. Ada sekali tu penyanyi Hong Kong datang buat show, maka berduyun duyunlah orang cina yang datang. aku ingat lagi masa ni kutipan perniagaan kami paling rendah. Aku hanya berjaya jual satu botol air mineral besar. Itupun kena marah dengan Abang Man sebab aku jual murah sikit selepas orang cina tu tawar menawar. Bukan apa, aku risau sebab satu air pun masih tak terjual. Memang naif. Malam tu jugak, aku dan Saha pergi kutip sticker kereta yang diselitkan kat wiper oleh penaja konsert kat setiap kereta yang parking. Nakal jugak masa tu.

7- Pernah juga kami tersilap jalan dan terlambat untuk ke Stadium Shah alam masa final Piala Malaysia, Selangor lawan Pahang rasanya. Penonton semua dah masuk.

8- aku juga berpengalaman berniaga dekat luar stadium hoki masa Piala Sultan Azlan Shah. Kami diberi amaran oleh pihak penganjur supaya jangan jual air dari syarikat yang sama menaja tournament tersebut. Takut konflik. Masa ni, sebab takde saingan, air mineral kecil boleh laku RM 2 sebotol dan botol besar pulak RM 4. Abang Man juga ada jual kacang kuda rebus. Biasanya laku jugak sebab orang suka kunyah kunyah sambil tengok game.

9- Memang mengujakan bila dapat tengok pemain hoki negara secara dekat. Ada satu masa tu aku masuk bila pintu pagar stadium dah dibuka. dapatlah tengok jaringan cantik pukulan sudut penalti Nor Saiful Zaini masa lawan Pakistan, seri 2 sama. Kagum betul aku masa tu.

10- Masa inilah aku belajar gigihnya seorang peniaga. Bila pintu pagar dah dibuka, Abang Man sanggup mengangkut tong berisi air dan junjung jual dalam stadium masa game sedang berlangsung. Nilai duit satu sen pun sangat berharga buat seorang peniaga. Perasaan malu ditolak ke tepi demi memberi nafkah kepada anak dan isteri.

11- Aku juga dapat melihat secara dekat kehidupan para peniaga serta ahli keluarga yang mengikut membantu mereka berniaga. Anak anak mereka dididik cara yang betul berniaga. Kebanyakan peniaga akan sering berjumpa di tapak perniagaan mereka bila ada acara tertentu. Pusing pusing balik peniaga peniaga yang sama. Anak anak mereka sudah saling mengenali. Dah macam satu keluarga besar.

12- Aku mula mengenali nasi putih, tom yam campur dan telur bungkus bila menu inilah yang sering di order oleh Abang Man ketika kami pulang dari berniaga. Masa tu tak sangka sungguh yang banyak kedai boleh buat telur bungkus. Naif betul.

13- Aku juga sangat menyukai burger sejuk stadium; daging masak ala kadar, sos yang dah meresap ke roti dan timun sekeping nipis. Semuanya akibat selalu makan masa berniaga. Sampai sekarang aku akan cari burger macam ni kalau aku pergi stadium. Memang satu perasaan yang KLASIK.

14- Aku juga dapat lihat banyak ragam manusia masa berniaga. Ada yang kaya, miskin, meminta sedekah, jujur, penipu dan banyak lagi. Berbagai cara manusia mencari rezeki dapat dilihat; berniaga air dan makanan, jual lampu kelip kelip untuk konsert dan macam macam lagi. Pernah jugak aku terkagum tengok orang bawak gitar kapuk menyanyi lagu, lepas tu orang kasi duit kat tempat kami berniaga. Sedap betul suara diorang.

15- Aku berhenti tolong abang Man bila aku demam kena hujan malam masa berniaga. Tambahan pulak sekolah dah nak bukak. Namun pengalaman berniaga ini sangat berharga dalam hidupku.





Setelah lebih kurang 15 tahun, aku dapat jumpa balik Nor Saiful Zaini yang melatih skuad hoki negara masa test match Malaysia vs New Zealand kat Palmerston North ni. Memang terkenang kenang masa dia ambik pukulan sudut penalti dulu tu.

1 ulasan:

  1. salam bro..nk tanye meiaga kt stadium kene ada permit ke apa tak

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...