Maero Attack! Masihkah kau ingat?

Spike!

Pada awal 90-an, petang petang ramai yang sanggup ponteng sekolah agama dek kerana kegilaan nak tengok cerita Maero Attack ni. Tapi tak termasuk aku. Aku seorang anak yang Soleh lagi berhemah tinggi tak suka budaya ponteng ponteng ni. Namun hakikat sebenarnya, aku tak ponteng sekolah agama petang sebab memang aku tak pernah pergipun. Sejak kecik Emak aku tak daftarkan aku pun kat sekolah agama petang berbaju melayu putih dan bersamping hijau tu. Maka memang waktu petang aku digunakan sepenuhnya untuk menghadap TV. Kawan kawan lain mencari seribu alasan nak ponteng, aku senang hati duduk kat rumah.


Summersault berputar!

Cerita bersiri dari Jepun ini berkisar tentang seorang gadis bermain bola tampar. Gadis ini bernama Cun. Cun mempunyai misi untuk mewakili negara ke sukan Olimpik. Cun juga pada masa yang sama mencari ibu kandung beliau yang juga merupakan bekas pemain bola tampar yang hebat. Maka dari situ bermulalah misi Cun. Dari aspek penceritaan, cerita ini memang sangat menarik hati kanak kanak seusia aku dan orang dewasa yang masih bersifat kanak kanak untuk melekat depan tv. Bila pergi sekolah esok paginya, sibuk bercerita dengan kengkawan yang lain. Yang mana tak tengok memang menyesal gila, tambahan kepada yang tak dapat ponteng sekolah agama petang.


Summersault berkembar!

Trademark cerita ini ialah kebolehan Cun untuk melakukan spiking summersault berputar. Kemudian ianya dikembangkan kepada summersault berkembar. Antara watak yang masih diingati ialah Kapten dan Yojiah. Team team lain jugak tak kurang hebatnya dengan hikmat masing masing. Ada satu part yang sedih sebab Yojiah mati kena serangan jantung akibat disergah oleh pemain pihak lawan pada waktu malam, kalau tak silap akulah. Aku tak tahu akhir cerita ni sebab seingat aku, aku naik darjah. Jadi waktu persekolahan sekolah kebangsaan dah berubah dari pagi ke petang. Maka tak dapatlah nak ponteng dan cerita Maero Attack ini tamat semasa kami di sekolah sedang giat menimba ilmu.



Apa apa pun cerita ni memang KLASIK. Oleh itu marilah kita hayati lagu yang cukup popular dulu kala di kalangan peminat setia rancangan ini. Turut disediakan lirik dalam Bahasa Melayu yang pernah aku belajar masa form 1 dulu dengan seorang kawan tapi tak berapa ingat sangat betul atau tidak.



Mari nyanyi sama sama


Ada seorang gadis,
Cun namanya,
Bercita cita,
menjadi 'Spike' dunia
Cun jaguh bola tampar,
Kumpulan Baikuchi
Mencari Ibunya
bernama Yoriko,

Cun, Kapten, Yojiah,
Tiga rakan pergi sukan Olimpik,
Tapi gugur seorang,
Yojiah teman tersayang,
Tinggallah Cun dan kapten,
Yojiah dah pergi,
Semoga Cun berjaya,
Menjadi 'Spike' dunia

5 ulasan:

  1. biar betul, ada lirik bm? hehehe

    BalasPadam
  2. lirik tu member yang ajar masa form 1 dulu. Dia cakap jiran dia dulu orang Jepun, tolong translatekan.

    BalasPadam
  3. betul le tu kot... best juga citer ni.. tak pernah terlepas walaupun satu episode pon... hihhihii

    BalasPadam
  4. Title original dia "Moero Attack"

    BalasPadam
  5. citer ni kegemaran sy semasa darjah 5 tahun 1990.. Jarang missed out la.. sbb balik skolah agama ngam2 smpi umah Maero Attack mula.. tp sayang giler babas episode last x dpt tgk sbb area rumah sy blackout pulak.. smpi skrg ralat giler bila teringat.. ni citer jepun tahun 70an ni.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...