Temuduga yang mendebarkan...

Semasa menuntut ilmu ilmu darjah empat di Sekolah Kebangsaan Kuang, aku dikhabarkan berita oleh Cikgu Azlan yang aku terpilih untuk menjalani temuduga sebagai pengawas sekolah. Memang aku dah duga aku akan tercalon kerana pencapaian akademik aku yang cemerlang di kalangan murid lelaki lain (murid perempuan persaingannya agak sengit). Tambahan pula dengan aktiviti kokurikulum yang aku sertai menambahkan lagi merit aku untuk melayakkan diri menghadiri temuduga sebagai pengawas sekolah ketika itu.

Dulu, jawatan sebagai pengawas di pandang tinggi di kalangan rakan rakan sedarjah, murid murid kelas lain, guru guru dan juga mak cik kantin. Kalau kat rumah, Mak mana yang tak bangga bila bercerita yang anaknya jadi pengawas sekolah. Masa ini tiada istilah pengawas sekolah sebagai orang suruhan cikgu dan spy cikgu. Salah satu sebabnya kerana budak budak masa tu masih terkawal. Takde yang jahat jahat macam budak zaman sekarang. Kalau ada pun cuma yang nakal nakal sahaja. Tugas pengawas dilihat lebih mudah ketika itu seperti, menjaga pintu pagar sekolah untuk mengesan pelajar yang lewat datang, menjaga barisan ketika perhimpunan dan menjaga kelas jika cikgu tiada.

Namun elitnya menjadi pengawas ketika itu ialah terletak pada baju kaler biru muda yang dipakai. Memang menonjol di kalangan rakan rakan yang lain. Kalau berjalan bersama sama beriringan dengan kawan kawan yang lain, si pengawas akan kelihatan sangat bergaya dan memikat hati. Menjadi pengawas juga dilihat sebagai penanda aras bahawa seseorang itu bijak, kacak, ahli sukan dan berketrampilan. Saham di kalangan murid murid perempuan sekolah rendah memang naik ketika itu. Hati Emak pun runsing nak pilih yang mana satu sebagai calon menantu.
.
.
.
.
.
Hari temuduga pun tiba...

"Sila berikan nama kamu?" Soal Cikgu A menduga aku.

"Nama saya ialah Ismail Fitry Bin Mohammad Rashedi" jawabku dengan tepat, ringkas tapi padat dan penuh dengan nada bahasa baku. Ahhhh...kacang sangat, sedangkan sifir 7 pun aku dah hafal inikan pula nama sendiri, bisikku riak di dalam hati.

"Di mana tempat tinggal kamu?" Soal Cikgu B pula.

"Saya tinggal di Kampung Melayu Sri Kundang, Kuang 48050 Rawang, Selangor" haaa dengan poskod poskod sekali aku kasi. Kacang sungguh. Nama sungai terpanjang di Malaysia pun aku dah hafal, inikah pula alamat rumah.

"Bagaimana kamu ke sekolah?" Soal Cikgu A semula.

"Saya ke sekolah menaiki van berwarna biru. Saya akan menunggu van tersebut pada pukul 12.30 tengahari setiap hari" jawab ku confident. Masa menunggu tu penting untuk menunjukkan yang aku ni sorang yang punctual dan berdisiplin. Sebagai bakal pengawas, disiplin tu sangat penting.

"Siapakah nama Pakcik yang membawa van tersebut?" soal Cikgu B ringkas.
.
.
.
.
.
".............................." sunyi. Apa punya soalan ni. Unexpected betul.

"Hmmmmm, aaa... aaaa... aaaa... nama dia.... nama dia.... aaaa... pakcik... pakcik... pakcik... saya panggil pakcik van je" jawabku hampir pitam.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Keputusan temuduga keluar minggu depannya...

Aku gagal.

Sia sialah aku kapur kasut putih putih nak temuduga punya pasal. Sia sia lah aku gosok gigi supaya bersih nak temuduga punya pasal. Dan sia sia lah aku sikat rambut belah tepi sebelah kiri kemas kemas nak temuduga punya pasal. Semuanya dek kerana soalan temuduga yang mencabar minda itu...









ps- Aku tetap diambil sebagai pengawas ketika darjah 6. Nak buat macam mana, dah memang qada' dan qadar aku mesti jadi pengawas (riak sungguh).

0 7 pengulas cerita:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...