Runtuhnya industri satay bebola ikan


Sesi persekolahan untuk budak darjah 4 sekolah rendah dahulu ialah sesi petang. Setelah tamat waktu pembelajaran, maka berduyun duyun lah murid murid berlari lari ke tempat menunggu bas sekolah warna kuning macam cerita Geng Bas Sekolah. Ada juga yang naik bas merah Selangor, ada yang naik basikal dan ada yang jalan kaki kalau rumah dekat. Bagi aku pula, aku naik van sewa warna biru muda setiap hari untuk pergi dan balik sekolah. Dulu dulu jarang mak bapak datang hantar dan ambik ke sekolah sebab takde kes kes kidnap dan kes kes tak senonoh macam sekarang. Budak budaknya pun hanya nakal takdelah jatuh sampai ke kategori jahat.

Sementara menunggu datangnya bas atau van yang akan menghantar kami pulang, budak budak semua akan melakukan pelbagai aktiviti bagi mengisi masa lapang. Dah namanya pun budak, mana reti duduk diam. Ada yang main kejar kejar polis sentri, main getah zero point (bak kata KOG), main batu seremban dan main jentik tutup oren. Ada juga yang mana ada belen duit lebih waktu rehat tadi, pergi ke kedai seberang jalan beli jajan. Tapi biasanya diaorang punya target ialah air sarsaparila botol kecik bagi yang banyak duit. Bagi yang kurang duit akan beli air oren kordial bancuh je berharga 20 sen sebungkus. Bagi yang lagi kurang duit tapi masih dahaga sebab berlari ke sana ke mari tak duduk diam, akan membeli aiskrim POP. Yang ni kalau beli yang cair boleh terus hisap laju je. Kalau beli yang keras boleh karate kid kat tengah kasi patah.

Satu masa terdapat seorang pak cik bermotosikal membawa bekas tong ala ala aiskrim kon ceduk datang menyerang kawasan luar pagar sekolah. Bahan makanan yang dibawa ialah bebola ikan atau nama orang putehnya fishball yang dicucuk dengan lidi. Satu batang lidi kecil terdapat dalam 4 biji bebola ikan dan berharga 10 sen sebatang. Bebola ikan ini dibakar ala ala satay dan dicelup dengan sos manis manis pedas buatan sendiri. Kepedasannya masih boleh ditahan oleh budak budak sekolah rendah ketika itu. Maka meletup dan popularlah satay bebola ikan pada ketika itu di pandangan mata budak budak Sekolah Kebangsaan Kuang. Duit belanja dah tak spend kat kantin. Simpan tunggu nak balik nanti nak beli satay bebola ikan. Kedai runcit seberang jalan dah mula gusar sebab air oren koridal nya selalu tak habis. Botol botol sarsaparilla pun masih banyak tak terbukak.
.
.
.
.
.
Suatu hari kecoh satu Malaysia bila terpampang di dada dada akhbar berita mengenai bebola ikan yang di perbuat dari daging babi. Pihak berkuasa menahan beberapa kilang yang menggunakan modus operandi sebegini. Maka isu inipun berleluasalah dan jadi buah mulut di kalangan murid murid.

Bagi murid muird, menggelabah lah jugak, tak tau macam mana nak samak perut sebab sebelum ni banyak sangat dah makan satay bebola ikan. Ada yang cakap suruh beristighfar saje. Maka beramai ramai lah semak buku Pendidikan Agama Islam nak cari cara macam mana nak beristighfar. Ustazah pernah cerita kalau buat dosa kena sembahyang taubat. Tapi sembahyang fardhu pun masih tonggang langgang, sembahyang taubat apatah lagi. Almaklumlah masih belum berkhatan lagi ketika itu.
.
.
.
.
.
Di satu ketika semua kawan kawan berpakat tak nak dah beli satay bebola ikan tersebut. Dibuat dari babi kata salah seorang dari kami. Walhal ntah betul ntah kan tidak. Maka beransur ansur kurang lah pelanggan pak cik tersebut. Hari ke hari makin sikit. akhirnya pak cik tersebut sudah tidak kelihatan lagi di luar pagar sekolah kami. Runtuhlah industri satay bebola ikan di tangan kanak kanak yang naif ketika itu.







Kepada pak cik satay bebola ikan, maafkan kami...







ps1- Senyuman pak cik kedai runcit jual air oren kordial bancuh lebar kembali.

ps2- Kerja masterku berkaitan bebola di sini

3 ulasan:

  1. wahhh, suhu menggoreng pun jadi tajuk study ye... mahap, den baco tajuk yo, heheh

    BalasPadam
  2. Hahaha :) Buat sendiri bebola tu pakai mesin, tapi tak boleh makan sebab taruk antibiotic/drug...

    BalasPadam
  3. Kiranya market fishball seluas pernigaan tesco la sbb sek. aku kat Kedah pun ada jual +Kelantan, Johor and N9 pun sampai(sumber member2 masa undergrade). Tp taktau la pulak pasal babinya...agaknya tu yg nak buat benda baiktu liat betul berbanding jahat kot...heeheheh alasan lagi.

    Anip

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...