Renang Berirama

Malam malam hujung minggu di asrama putera SMKA Simpang Lima ni memang di nanti nantikan oleh penghuninya. Apa tak nya, malam ni takde prep malam. Boleh tengok filem Dunhill Double kat tv2. Kalau yang tak tengok tv, ada jugak yang buat filem sendiri guna kotak Dunhill kat toilet. Memang tak sayang paru paru betul. Dah lah toilet tu sedia busuk, tambah lagi asap berkepul kepul. Lagilah pening baunya.

Sebagai budak form one yang baru masuk, tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan lagi. Nak baca komik nanti kena rampas dengan senior. Nak buat bising karang tak pasal pasal kena pelupuh dengan senior. Jadi aktiviti kami lebih kepada sembang sembang dan makan makan biskut bekalan keluarga.

Dalam sembang sembang tu, seperti biasa budak budak bawah umur seperti kami ni mudah naik syok. Mulalah usik mengusik. Lepas tu start lah main kejar kejar dalam bilik. Budak belum akil baligh memang macam tu. Tak cukup matang lagi pemikiran mereka. Kadang kadang tu bila dah naik syok, mulalah berlari lari kat koridor.
.
.
.
.
.
"Hoihh!!! Sini kejap" jerkah salah seorang pelajar form 4 dorm L5 kalau tak salah aku.

"Aaaa...Ada apa Bang?" Tanya aku ketakutan. Mana tak takut. Diorang semua dah baligh. Badan besar besar. Sedangkan aku saiz badan masih macam kanak kanak riang ribena lagi.

"Ada apa kau tanya? Yang kau berlari lari kat koridor ni kau tanya ada apa?!" tinggi suaranya.

"Kau tak nampak ke kitorang tengah study ni?!!" gertak sorang lagi senior.

Study apanya, tak nampak bukupun. Yang aku nampak komik adalah. Nak kelentong aku lah tu. Bisik aku dalam hati. Nak mampos cakap macam tu depan senior.

"Korang berdua ni nak kena ni" tambah sorang lagi senior sambil tersenyum nipis. Misainya terletak nipis atas bibir baru nak tumbuh.

Muka aku dan member aku dah pucat lesi. Berdebar macam nak meletup je dada ni. Tuhan saja yang tahu takutnya masa tu.

"Maaf bang kami janji takkan lari lari lagi" member aku merayu penuh belas kasihan.

"Maap, maap, kau ingat hari raya ke nak mintak maap ni?!!!" makin tinggi suara yang sorang lagi tu.

Macam nak terkencing aku rasa.

"Korang berdua ni memang suka aktiviti sukan kan? Itu pasal korang berlari lari ni?" tanya sorang lagi senior. Masa tu adalah 6 ke 7 orang senior mengerumuni kitorang berdua.

"Suka lah jugak" jawab aku naif.

"Haaa... kalau macam tu korang mesti suka berenang kan?" balas senior tadi.

"Kami tak pandai berenang Bang" jawab member aku jujur.

"Oiii... menjawab pulak dia. Ha... takpe ini kali punya berenang memang takkan lemas.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Malam tu aku dan member berpengalaman berenang atas lantai dorm dengan pengawasan para senior tadi. Ntah berapa round ntah kitorang pusing dorm, akupun tak terkira. Dah naik licin lantainya bergesel dengan baju kami. Gaya pulak jangan ceritalah. Ada gaya bebas, kuak lentang, kupu kupu dan renang berirama.

Yang si senior memang gelak tak belas kasihan lansung. Memang terhibur betul diorang melihat gaya renangan kami berdua.


Siap korang. Ada lori ada bas, ada hari aku balas... Bisik aku dalam hati.







Cerita lawak jepun waterboys 2 yang mengingatkan aku tentang tragedi berenang berirama atas lantai dulu.


1 7 pengulas cerita:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...