Kenanganku bersama Bas Mini

Semasa menetap di Ampang, bas mini merupakan salah satu pengangkutan yang popular waktu itu. Dengan potongan basnya yang lebih pendek berbanding bas panjang yang standard, bas mini mempunyai pelbagai kelebihan bila berada di atas jalan raya.

Nota berkaitan bas mini dalam ingatan aku:

1- Aku dan abah akan menunggu bas mini di tepi jalan besar. Waktu itu rasanya tiada atau tak banyak bus stop berbumbung yang ada. Kalau adapun hanyalah sign board kecil gambar bas. Dalam ingatan aku, aku kerap menunggu bas di bawah pokok saga. Jadi sambil tunggu bas, sambil main biji saga. Tapi awas, silap silap biji saga boleh masuk lubang hidung dan susah nak dikeluarkan.

2- Kerana bersaiz pendek, bas mini kelihatan sangat laju bila dipandu. Kalau kita tahan nak naik, dia akan brek mengejut tiba tiba.

3- Bas mini tak ada mesin duit tambang. Sebaliknya bas mini menggunakan khidmat konduktor bas. Tambangnya standard, 50 sen aje ke mana mana. Tiketnya warna putih keperangan kerana menggunakan kertas yang berkualiti rendah.

4- Warna bas mini ni pelbagai. Tapi ada satu masa, warnanya diseragamkan ke warna merah jambu. Masa ni dah rasa macam takde feel je naik bas warna merah jambu.

5- Orang orang berpendapatan rendah juga merasa naik BMW ketika itu kerana bas mini juga digelar BMW iaitu Bas Mini Wilayah.

6- Bila berada di dalam bas mini ni, kita akan rasa macam naik roller coaster. Lajunya ya amat. Potong kereta sana, cilok kereta sini. Sampai kadang kadang dah naik divider jalan dah.

7- Bas mini ni boleh berhenti mengambil penumpang di mana mana sahaja. Kalau kat Chow Kit tu, tengah tengah jalanpun dia boleh berhenti nak ambik atau turunkan penumpang.

8- Khidmat bas mini dihentikan bila digantikan dengan bas Intrakota. Terima kasih Bas Mini.



Petikan cerita Sikit Punya Gila. Macam nilah suasana naik bas mini dulu dulu.


Memang Klasik.

2 7 pengulas cerita:

  1. "terbalik la kau" kah kah... hamid gurka memang best!

    BalasPadam
  2. Hahaha...cerita ni memang kelakar

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...