Semasa menetap di Taman Dato' Ahmad Razali, Ampang dulu, waktu petang lepas balik sekolah sesi pagi, aku biasanya bermain dengan kawan kawan sepermainan. Permainan yang biasa di main bermacam-macam bergantung kepada musim. Kadang kala bila tiba musim layang layang, semua pakat pakat beli kat kedai runcit mamak dan main. Ada jugak yang buat sendiri pakai lidi penyapu dan kertas surat khabar. Tapi tak cantiklah, takde lah gambar superman ke, he-man ke atau thunder cat. Bila tiba musim guli, semua pakat beli guli dan main tepi padang yang berpasir. Bila musim durian pula, semua tak keluar rumah melantak durian tak nak share dengan jiran.
Ok berbalik kepada permainan petang-petang semula. Kebiasaannya Mak melarang aku bermain terlalu awal. Kalau boleh kalau nak keluar rumah biarlah hari dah redup seperti selepas Asar. Masa ni ramai sikit orang dewasa yang ada kat luar. Tapi mana boleh tahan. Kawan kawan lain balik rumah, makan nasik secara pantas, tukar seluar pendek dah boleh main dah. Takkan aku kena tunggu sampai pukul 5 baru boleh keluar.
Pujuk punya pujuk akhirnya Mak kasi aku keluar jugak. Tapi bukan untuk bermain, cuma nak pegi beli goreng pisang kat hujung blok tempat kami tinggal. Mak pesan jangan pegi mana mana, terus balik rumah.
Aku hanya beli sebiji goreng pisang 20 sen untuk makan seorang. Besar jugak goreng pisang tu. Tak pasti jenis apa, yang pasti memang cukup untuk makan seorang. Lagipun aku kan kecik lagi masa tu. Dah namanya pun budak, lepas beli bukan reti nak balik rumah. Nampak pulak kengkawan yang lain terloncat loncat kat tempat parking kereta bawah blok. Apa lagi, aku pun menuju ke sana dengan pantasnya sambil lupa pesanan Emak.
Mula mula saja nak tengok kawan kawan main sambil makan goreng pisang. Tapi bila tengok kawan kawan dah naik sheikh, terkinja kinja akupun berubah fikiran. Dah lama dah kawan kawan aku bercerita tentang syoknya permainan ni. Nampak mudah, tapi tak pernah try sebelum ni. Inilah masanya, fikirku dengan confident.
Akupun join. Aku satu geng dengan budak Blok I. Kami lawan budak Blok J. Bila tiba giliran aku, aku berundur ke belakang dan memulakan larian dengan perlahan. Makin lama makin pantas. Seterusnya aku lompat tinggi. Tiba tiba lalu seorang budak perempuan kecil melintas di depanku. Lantas mengganggu konsentrasiku. Aku cuba mengelak. Hasilnya aku terpaksa menahan dengan tangan ketika jatuh 'ala ala hand stand'.
.
.
.
.
.
Di rumah.
Aku kena sedas dengan Emak akibat degil tak nak dengar cakap. Mak suruh terus balik lepas beli goreng pisang, aku melencong. Mengalir jugak air mata sebab sakit sangat kat tangan akibat yang jatuh tu. Satu lagi sebab Mak marah; manja.
Lepas Abah balik kerja, kami ke rumah panjang tepi Blok F. Jumpa bomoh patah. Bomoh ni pun mengurut tangan aku. Dia cakap terseliuh je. Dia suruh Abah carik tujuh (7) jenis bunga nak buat ubat. Akupun tak pasti jenis apa, tapi rasanya takde kot bunga taik ayam. Tapi dugaan yang paling besar, aku tak boleh minum air sejuk / ais selama setahun. Kejam.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bila kawan kawan tanya kenapa tangan aku berbalut?
Dengan eksyen dan coverline aku akan cakap "Kau pernah lompat getah paras kepala tak? Tinggi tu, Itu yang aku jatuh tu"

Pengajarannya, mainlah permainan mengikut jantina masing masing

zero point! hahaha, ada versi tak macho tukang pegang getah cangkung je... ketinggian peserta pun boleh jadi punca² pergaduhan tu!
BalasPadam