Merasa jugak aku bawak KTM Komuter

Cuaca dah makin panas. Aku dah berpeluh-peluh. Habis perfume fake aku dah hilang bau. bebudak yang lain sama jugak. Mana yang tak pakai perfume lagi bau macam haram, hangit. Sudah dua kali komuter lalu kat stesen Serdang tapi tetap tak dapat naik. Hari tu cuti awam. Berkoyon-koyon orang nak ke KL. Ramai betul yang nak gunakan perkhidmatan komuter nih. Ramai jugak pelancong yang halal dan pendatang haram yang gunakan perkhidmatan ni.

Aku, Bob, Deli dan lain-lain (mungkin Yo dan Abeng) dah jenuh menunggu komuter nak ke MidValley. Dua kali komuter sampai, dua kali bebudak UKM dah penuhkan. Hangin betul bebudak UPM. Nasib baik ramai awek awek IPTA yang jadi penyejuk mata di dunia, tapi pemanas mata di akhirat kelak.

Kami berpakat. Kalau datang lagi satu komuter, semua pakat pakat naik. Himpit pun himpitlah. Janji dapat pegi MidValley. Mana boleh hari cuti duduk kat kolej kediaman je. Tak remajalah macam tu.


Sampai je komuter buat kali ketiga, kami bergegas lintang pukang cari pintu masuk. Macam, haram jugak penuh. Tiba-tiba ada brader baju biru kemeja ala-ala pekerja komuter panggil kami dari gerabak yang last sekali. Gerabak ni gerabak drebar. Tapi disebabkan komuter ni bergerak ke arah bertentangan, maka Drebar duduk kat gerabak hujung yang lagi satu.

Kami cukup confident sebab brader ni pun confident semacam je. Mungkin dia ni pekerja KTM sebab baju dah sama. Dan mungkin sebab keadaan manusia yang ramai luarbiasa menyebabkan brader tadi ada kuasa nak benarkan orang naik tempat drebar. Apa nak takut, kan dia kerja dengan KTM ni.

Kami pun berpusu-pusu naik ke tempat drebar. Komuter bergerak. Ada yang tanya brader tu, "Nasib baik abang kasik kitorang masuk sini, orang punyalah ramai. Abang memang ada pass masuk kawasan drebar ni ke sebab Abang kerja dengan KTM?"

"Tak, aku tak kerja dengan KTM" jawabnya ringkas.

Perghh!!! rupanya baju dia je yang kaler biru sama pekerja KTM. Semua yang dalam tu dah pucat semacam. Takut kena tangkap.

Sampai stesen Bandar Tasik Selatan, bergegas semua keluar. Masuk balik ikut pintu yang sah.



Rasa nak marah kat brader tu pun ada, rasa nak berterima kasih pun ada. Tapi merasa jugak lah nak bergaya bawak komuter.

0 7 pengulas cerita:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...