Terdapat beberapa jenis mangkuk yang aku kenali semasa bersekolah
asrama dahulu. Antaranya adalah jenis mangkuk
plastik ala ala kedai makan cina dan mangkuk plastik jenis brand Tupperware buat
isik biskut. Kalau nak tau, mangkuk mangkuk
ini memang penting dan sentiasa digunakan untuk ambik makanan lewat malam. Kiranya semua jenis makananlah yang boleh diisi dalam mangkuk ni, dari berkuah hingglah ke kering, memang serbaguna.
*****
Ketika aku bertingkatan satu di SMKA Simpang Lima, makanan di Dewan
Makan-nya tidaklah boleh dikategorikan sebagai enak. Balik balik ikan jaket,
balik balik ikan jaket. Tak ikan jaket masak taucu, mesti ikan jaket goreng.
Ikan ikan jaket tersebut pun dah jemu dah tengok muka kami semua ketika itu.
Namun di sebalik itu, Dewan Makan tidaklah jugak terlalu kejam.
Untuk makan lewat malam atau bahasa orangputehnya ‘supper’, menunya boleh
tahan. Menu yang terkenal dan lazat adalah Mee Jawa dan Roti Canai. Lazatnya
bukan main. Akupun naik heran. Mungkinkah sebab tembolok kami dah muak
disumbatkan dengan ikan jaket? Hinggakan Mee Jawa dan Roti Canai tersebut
rasanya seperti mendapat hidangan yang turun dari syorga? Mungkin.
Untuk makluman, supper hanya boleh diperolehi selepas prep malam,
kira kira pukul 10.30 malam. Pelajar
lelaki akan prep di kelas, manakala pelajar perempuan pula akan beramai ramai
prep di dalam dewan makan. Di sinilah masalahnya timbul apabila pelajar lelaki
yang baru akil baligh menempuh alam remaja kena masuk ke dalam dewan makan
membawa mangkuk masing masing untuk mengambil makanan sambil diperhatikan oleh
beratus pasangan anak mata pelajar perempuan.
Antara perasaan malu dan lapar, kadangkala perasaan malu itu lagi
kuat. Tapi pada hemat aku ketika itu perasaan ‘perasan’ yang lebih kuat. Salah
satu cara untuk mengelakkan perasaan ‘perasan’ malu ketika mengambil makanan
itu ialah dengan masuk ke dalam dewan makan membawa mangkuk secara beramai
ramai bersama kawan kawan yang lain. Mangkuk
mangkuk ini akan diletakkan secara berjemaah di tepi kaunter di mana brader brader
dewan makan tersebut akan mengisinya dengan makanan.
Nak dijadikan cerita, brader brader dewan makan ni memang berlagak
sikit. Muka ‘ketat’ je bila budak lelaki
bawak mangkuk ambik roti canai. Kalau
perempuan yang ambik pulak, ambooiiii senyum sampai ke pangkal telinga. Oleh kerana roti canai ini sangatlah hot
stuff, maka kebarangkalian untuk makan dua keping amatlah tipis. Hanya budak budak yang benar benar tabah dan
berani mengambil risiko kena pelangkung dengan brader brader dewan makan sahaja
yang sanggup mencubanya. Bila budak
lelaki bawak mangkuk, brader brader dewan makan ni akan mengawasi dengan sangat
ketat sesuai dengan muka mereka yang sentiasa ‘ketat’ itu.
Taktik pertama untuk makan dua keping roti canai ialah dengan membawa
dua buah mangkuk sekaligus dengan harapan bila dah ramai ramai, brader dewan
makan akan terkonfius dan isik kedua mangkuk tersebut. Taktik ini memerlukan kepantasan yang sangat
tinggi. Bila kau masuk ramai ramai dalam
dewan makan, kau letak kedua mangkuk tersebut dengan sepantas kilat sambil buat
muka selamba. Bila makanan diisi di
dalam mangkuk satu persatu, kau kena ambik kedua mangkuk dengan serentak lalu
beredar lebih pantas dari kilat. Ini
untuk mengelakkan brader dewan makan nampak kau ambik dua buah mangkuk. Peratus kejayaan sangat rendah.
Taktik kedua pula ialah dengan masuk dua kali ke dalam dewan makan. Taktik ini perlukan hikmat penyamaran yang sangat
sangat tinggi. Contohnya masuk kali
pertama memakai kopiah atau serban manakala kali kedua pinjam songkok
kawan. Mata tidak boleh bertentang
dengan brader dewan makan dikhuatiri brader dewan makan akan terperasan. Jarak masa masuk ke dalam dewan makan juga
hendaklah jauh supaya ingatan brader dewan makan semakin pudar. Taktik ini peratusannya juga sangat rendah malahan
kau boleh mendapat kemaluan yang sangat besar.
Sebagai contoh, kalau kantoi, brader dewan makan akan jerit kuat kuat,
Hoi! Kau ambik dua kali kan?!!!. Memang
malu besar depan pelajar pelajar perempuan! Taktik ini paling berisiko.
*****
Malam itu malam rabu, tahun 1994, ketika semua sedang khusyuk atau
buat buat khusyuk membaca buku di dalam kelas prep, perut aku menyanyikan lagu
lagu berirama awal 90-an menandakan rasa yang amat lapar. Tapi takpe, malam rabu
ialah malam yang ditunggu tunggu kerana menu untuk supper malam itu ialah roti
canai. Aku dah terbayangkan
kelazatannya. Roti canai rangup di
banjiri kuah dhal. Perghhh! Terliur.
Tiba tiba beberapa bayangan gelap masuk ke dalam kelas. Gelap di
sini bukan kerana kulit mereka yang gelap, tetapi kerana perangai mereka yang
gelap.
“Kau ke sini kejap!” Arah seorang senior.
“Malam ni makan apa?” Tanya senior tersebut buat buat tak tahu.
“Roti canai Bang” Aku jawab jujur. Entah apa lah yang diorang nak ni.
“Sedap tak?” Tanyanya lagi.
“Tentulah sedap Bang” Bukan sekadar jujur sahaja, malah segala sifat
terpuji aku sertakan sekali seperti amanah, ikhlas, peramah, baik hati dan
pemurah ketika menjawab soalan senior tersebut.
“Bagus! Kau ambik mangkuk ni” Sang senior menghulurkan sebuah mangkuk
plastik kaler oren macam dekat kedai makan cina.
Aikk. . . Baik pulak senior ni nak kasik pinjamkan mangkuk.
“Kau ambikkan roti canai untuk aku malam ni” Sambung senior tersebut
selamba.
“Bedebah!” Kata aku dalam
hati. Aku tak boleh buat apa terpaksa
akur.
Tapi takpe, mungkin aku boleh sorok sorok bawak mangkuk aku sekali
masa masuk dewan makan. Aku tak pernah
buat bawak masuk dua buah mangkuk sekaligus tapi mudah mudahan tak kantoi
dengan brader brader dewan makan yang garang.
Kalau tak nahas aku.
Perut aku lapar. Aku masih
bertekad nak makan roti canai malam itu.
Harapan masih ada walaupun berisiko. Aku akan gunakan Taktik pertama.
“Oh! Aku terlupa, ni satu mangkuk lagi, kau ambikkan untuk aku. Hari ni aku lapar. Nak makan dua keping” Tambah senior tersebut selamba badak sambil
menghulurkan mangkuk plastik kaler merah pulak.
“Tapi Bang” Aku bersuara.
“Takde tapi tapi. Aku nak kau penuhkan mangkuk mangkuk ni malam ni.
Aku tunggu dekat depan pintu dewan makan”
Senior tersebut buat muka garang.
“Kau ingat kau siapa?!!! Jahanammmmmmmmmmm! ”
Aku jerit kuat kuat tapi dalam hatilah.
Harapan aku punah. Aku tak sanggup nak gunakan Taktik kedua.
*****
Malam itu aku balik awal dari dewan makan setelah berjaya mengambil risiko
memenuhkan kedua mangkuk tersebut dengan dua keping roti canai. Antara kenyang makan roti canai atau kenyang
makan penampar senior, aku pilih untuk tidur kelaparan.
Oh aku terlupa nak kasi tau.
Ada satu lagi jenis mangkuk yang terkenal di sekolah aku suatu ketika dulu. Mangkuk tersebut iaitu Mangkuk Hayun punya
senior!








